Followers

Saturday, 14 January 2017

Family Trip to London

26 Dec~3 Jan - LONDON

Pertama kali diajak oleh keluarga mertua untuk ikut serta melancong ke London apabila tamat majlis pernikahan kakak ipar pada akhir Oktober, aku beritahu mungkin sukar hendak dapat cuti memandangkan tahun ini sahaja aku sudah ambil cuti banyak untuk perkahwinan.. Namun apabila sering ditanya sama isteri berterusan membuatkan aku terfikir akan cuti akhir tahun di Jepun dan juga cuti ganti kerana setiap minggu masuk hari Sabtu gara-gara ingin mengejar schedule project membuatkan aku yakin boleh mengambil cuti pada boss.. Jujurnya aku hanya memberitahu pada boss 3 minggu selepas tiket sudah dibeli dan mujur boss juga tidak banyak kata dan membenarkan aku ambil cuti walaupun pada tarikh yang semakin hampir, dia seolah-olah agak kesal memandangkan ramai Jepun juga minta cuti pada tempoh itu dan tidak ada orang yang boleh bantu jaga di lapangan (笑)


Penerbangan julung kali bersama Emirates Bigbus A380 menerbangkan kami ke Dubai dahulu sebelum menuju ke London pada 25th Dec~ Jarak penerbangan antara KL ke Dubai dan Dubai ke London adalah hampir sama iaitu 7 jam dan sepanjang perjalanan kami hanya menonton movie dan merehatkan diri sahaja.. Sayang transit di Dubai sekitar 5 jam dan hasil survey mendapati memang tidak disarankan untuk keluar dari airport kerana dikhuatiri akan terlepas penerbangan seterusnya gara-gara proses di imigrasi bakal mengambil masa yang lama.. Jujurnya tidak terlalu kesal kerana waktu kami tiba di Dubai juga sudah hampir tengah malam~ Selesai mengerjakan solat jama', kami sempat isi perut di Burger King di dalam airport dan bayar menggunakan kad kredit memandangkan tidak memiliki wang Dirham.. Untungnya kami dapat tempat duduk kosong sewaktu perjalanan pergi jadi isteri dapat tidur baring dengan kaki di atas (-_-)

Oxford Street at Night

Kami dikejutkan dengan proses imigrasi ketika tiba di Heathrow Airport dengan jumlah pelancong yang sedang beratur terlalu ramai sehingga mengambil masa 2 jam untuk selesai! Mujur dipertengahan jalan, pihak airport menyediakan botol air minuman secara percuma jadi dapat mengelak daripada terkena dehydration.. Tiba di rumah penginapan sekitar jam 11 pagi, awalnya agak semangat hendak merasai pengalaman berbelanja sempena Boxing Day dan untungnya rumah penginapan kami di York Street; hanya terpisah sekitar 30 minit perjalanan dengan Oxford Street, kawasan beli belah yang agak terkenal di Kota London.. Melihat kondisi isteri yang jelas terlalu lemah untuk berjalan dan aku sendiri juga masih jet lag, kami memilih untuk pulang dan langsung tidur sekitar jam 7 malam dan bangun semula keesokan harinya sekitar jam 4 pagi (笑) Berikut merupakan aktiviti yang kami lakukan sepanjang berada di London:

27 Dec - Bicester Village 
Salah satu outlet terkenal di England dan mengambil masa hampir satu jam perjalanan dari London.. Terkejut melihat jumlah pelancong Malaysia ketika berada di sini dan masing-masing tangan penuh dengan barang-barang yang ingin dibeli.. Secara jujur, butik-butik yang ada disini masih belum dapat menandingi Gotemba Outlet di Jpon yang jelas lebih besar dan bilangan butik juga lebih modern pada pendapat aku memandangkan di sini hampir tiada butik sukan jadi aku bingung hendak berbelanja di mana (笑) Mengharapkan ada 福袋 (Happy bag) seperti di outlet Jpon tapi sayang tidak ada (-_-")


28~29 Dec - Hop-On-Hop-Off London Tour


Pilihan terbaik buat mereka yang hanya ingin berhenti buat sementara waktu untuk mengambil gambar dan langsung menuju ke destinasi seterusnya.. Memandangkan jumlah perhentian yang banyak dan butuh waktu yang lama, ayah mertua langsung beli tiket untuk 2 hari berturut-turut! Sayangnya tiket percuma untuk naik bot tidak sempat kami gunakan pada hari kedua gara-gara semua kepenatan ditambah lagi suhu di luar yang begitu sejuk walaupun bagi 6 tahun pengalaman duduk di negara 4 musim seperti aku (笑) Satu-satunya yang tidak best tentang Hop-On-Hop-Off ialah tempoh waktu menunggunya yang lama berbanding frekuensi ketibaan bas lain seperti Original London dan Golden Tours.. 

View from top of the bus


28 Dec - Christmas Kew Gardens
Keluarga ayah saudara isteri yang menetap di UK membawa kami menikmati イルミネーション (Illumination; pesta lampu) di sebuah taman bunga yang terkenal di England.. Kononnya sukar untuk mendapatkan tiket masuk malah ini juga merupakan kali pertama buat keluarga ayah saudara isteri untuk melihat pesta lampu ini.. Lampu-lampu yang dipasang begitu indah terutama salah satu hasil seni yang padaku begitu memukau iaitu The Hive, sebuah struktur besi yang menyerupai sarang labah-labah dimana pengunjung dapat merasai seolah-olah berada di dalamnya sendiri ditambah dengan suasana lampu dan bunyi-bunyi.. 

The Hive

30 Dec - Paris
Day trip ke Paris.. Akan dikongsi di dalam entri yang lain ;)

31 Dec - Portobello Road Market
Pasar Jalan Portobello merupakan salah satu destinasi utama buat para penggemar barangan antik memandangkan pasar ini merupakan pasar barangan antik terbesar di dunia dengan hampir 1,000 kedai barangan antik! Meriah pada hari Sabtu, dan disyorkan untuk pergi sebelum jam 11 pagi buat mereka yang berminat untuk tawar-menawar.. Di kawasan sini juga ada restoran masakan Malaysia tapi jangan terkejut dengan harga roti canai berharga RM25 untuk 2 keping (笑)



1 Jan - Emirates Stadium
Destinasi wajib buat die-hard-fans Arsenal.. Akan dikongsi di dalam entri yang lain :)

2 Jan - Madame Tussaud London
Salah satu tempat tumpuan di London di mana kita boleh lihat deretan pengunjung yang beratur untuk membeli tiket dari pagi.. Mujur lokasi dari York Street hanya sekitar 8 minit perjalanan kaki~ Museum? itu dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya selebriti, ahli sukan, penerima nobel, ahli politik dan juga bagaimana model max itu dihasilkan.. Ingatkan cuma itu sahaja, tapi ternyata tidak dengan tambahan Star Wars dan juga Marvel Avengers di mana pengunjung dipertontonkan filem berdurasi pendek dalam 4DX.. 

Tom Cruise yang tak berapa jadi (笑)


3 Jan - Heathrow Airport
Destinasi terakhir sebelum meninggalkan bumi UK (笑) Oleh kerana sudah berbelanjan sakan, salah satu aktiviti terakhir pastinya VAT Refund di airport.. Awalnya kami terpaksa beratur di luar namun tak tahan di pertengahan jalan sebab sejuk jadi ingatkan nak pasrah sahaja.. Tak sangka di dalam airport juga ada kaunter VAT Refund selepas selesai proses imigrasi dan mujur tidak terlalu ramai orang yang beratur walaupun yang jaga cuma seorang (-_-") Duit yang kami terima juga lumayan banyak membolehkan aktiviti menghabiskan duit dengan membeli ole-ole di dalam airport (笑)

p/s Dah nak balik baru dapat tahu ada day trip untuk melihat Stonehenge (-_-") 



 

Monday, 12 December 2016

Philippine's Business Trip

7~10 Dec - CEBU

Informasi dadakan daripada Boss untuk ikut serta trip mempelajari pengendalian projek solar cell yang sedang berjalan di sebuah kilang pemprosesan buah kering di Cebu, Filipina membuatkan aku terpaksa merubah segala perancangan termasuk membeli tiket pesawat baru buat isteri memandangkan tiket asalnya adalah pada hari cuti umum Maulidur Rasul.. Trip selama 4 hari 3 malam dengan bajet P6,000 (RM500++) dari kantor per orang sudah termasuk makan, minum, penginapan dan airport tax di Cebu hasil informasi dari senior yang menguruskan projek di sana.. Lucunya itineray pesawat Philippine Airlines yang begitu padat menyukarkan kami untuk mengadakan waktu bersiar semasa di bumi Pinoy.. 

07 Dec Depart from CGK (Jakarta) to MNL (Manila)   1405 ~ 1935
07 Dec Depart from MNL (Manila) to CEB (Cebu)      2230 ~ 2345
10 Dec Depart from CEB (Cebu) to MNL (Manila)      0710 ~ 0825
10 Dec Depart from MNL (Manila) to CGK (Jakarta)   0935 ~ 1305 

Penerbangan pada hari yang sama tapi lain destinasi

Penerbangan delay 30 minit di CGK gara-gara penerbangan masih belum ready, dan ditambah lagi 30 minit di MNL gara-gara tidak ada lampu hijau oleh menara kawalan di sana (笑) Kecewa apabila tidak skrin peribadi di tempat duduk namun sepanjang flight ada skrin kecil di setiap penjuru atas dan semua penumpang hanya boleh menonton apa yang terpasang di situ sahaja (疲) Penerbangan selama 4 jam ke MNL membolehkan aku tidur dalam separuh perjalanan gara-gara kurang rehat pada hari sebelumnya.. Sewaktu di dalam flight, kami diberi 3 borang yang harus diisi ketika hendak masuk ke Filipina iaitu 

  1. Arrival Card
  2. Custom declaration
  3. Health declaration

Agak terkejut apabila tiba buat pertama kali di Terminal 2 MNL yang bentuknya lonjong, setibanya di pintu masuk langsung kasi Health Declaration, kemudian terus beratur untuk immigration process, dan seterusnya urusan bagasi di dalam kawasan yang sama.. Tidak ada dinding yang memisahkan sama sekali.. Lebih pelik apabila kami hendak ke terminal 1 (Domestik), kami diminta untuk mengambil bagasi sendiri untuk diserahkan pada petugas yang akan memindahkan ke dalam penerbangan destinasi seterusnya! Lucunya petugas tersebut memang sedang standby di tempat bagasi conveyor jadi kami hanya ambil bagasi, dan langsung serahkan pada petugas walaupun di beg sudah tertera destinasi akhir ke CEB (笑) 

Memandangkan waktu kami tiba di terminal 2 sudah jam 8 lebih dan masih belum makan malam, awalnya kami mencari restoran di dalam terminal atau apa-apa yang boleh dibeli seperti snek tapi sayangnya rata-rata sudah tutup! Ternampak prayer room ketika dalam perjalanan ke terminal 1, baru hendak mengerjakan solat tapi bila menghampiri ternyata itu adalah gereja yang dalamnya penuh dengan kerusi (笑) Habiskan masa di dalam terminal 1 sehingga menuggu panggilan boarding sambil tahan lapar memikirkan hidangan apa yang bakal terhidang di dalam flight.. Sedihnya apabila boarding ke dalam pesawat Air Bus ke Cebu, tetap tidak ada skrin di tempat duduk, delay lagi 30 minit gara-gara tidak ada pelepasan dari menara kawalan, dan terakhir makanan yang dihidang hanya roti berisi hot dog yang jelas aku tidak suka makan (笑)

View solar cell project 870kW di atap kilang pemprosesan buah kering terkenal di Cebu

Senior datang jemput naik teksi apabila kami selamat mendarat CEB, namun terpaksa pecah kepada 2 kumpulan gara-gara jumlah penumpang menjadi 5 termasuk senior.. Hotel terletak sekitar 10km dari airport dan kami dikenakan caj sebanyak P300 walaupun meter hanya tertulis P218 (笑) Selesai checkin hotel sekitar jam 0130, kami dibawa pula ke farmasi 24 jam di sebelah hotel untuk beli makanan alas perut dan air minum sebelum masuk ke kamar masing-masing untuk tidur.. 2 hari berikutnya lebih kepada urusan pekerjaan daripada pagi sehingga malam, langsung tiada masa untuk ke mana-mana kendatipun ada hasrat untuk melawat masjid yang terletak sekitar 4km dari hotel yang kami inap.. Makan siang di dalam kilang; hari pertama ada ikan goreng jadi makan dengan nasi.. Hari kedua, ikan goreng sudah habis, jadi cuma makan roti (笑)

Sebaik tiba di airport CEB untuk pulang ke Jakarta, kami baru teringat dengan airport tax P750 sewaktu terlihat poster di depan gate.. Gelabah pergi money changer untuk tukar wang IDR 320k untuk dapatkan P700 memandangkan wang yang ada tidak mencukupi.. Kalau diperhatikan, waktu transit di MNL itu agak padat namun pagi itu tetap delay di CEB membuatkan kami tiba di MNL sekitar jam 0850, 5 minit selepas waktu boarding MNL ke CGK kalau ikut apa yang tertera di tiket.. Buru-buru menukar terminal, kami langsung ke immigration tanpa ke booth pembayaran airport tax dengan harapan boleh bayar di situ, agak kaget apabila langsung tidak ditanya sama sekali tentang airport tax kemudian oleh kerana masa juga tidak mencukupi, langsung dadakan naik pesawat tanpa menghabiskan wang Peso yang ada di MNL..

Dinner treat di Shangri La Hotel di Cebu yang mempunyai private beach

Selamat boarding pada jam 0930, iaitu kurang 5 minit daripada waktu yang sepatutnya pesawat berlepas.. Agak lega apabila melihat masih ada beberapa penumpang lain seperti kami masih sedang beratur hendak menaiki pesawat pada waktu itu.. Fikirnya apabila sudah boarding, pesawat boleh langsung bersiap untuk berlepas, tanpa disangka ada drama yang menyusul selepas itu apabila ada 1 penumpang nenek tua dari group jemaah umrah yang kurang sihat dan menyukarkan untuk ikut terbang walaupun sudah boarding.. Polisi Philippine Airlines adalah tidak membenarkan penumpang sakit untuk ikut serta berlepas jadi berlaku perdebatan antara group leader dengan crew apabila group leader request semua group jemaah turut sama keluar dari pesawat sekiranya nenek itu tidak boleh ikut berlepas sekali.. 

Drama live yang mengambil masa sehingga 1 jam 30 minit di atas pesawat itu menyaksikan penampilan staf paramedic yang hadir untuk melihat kondisi sebenar nenek tua itu dan akhirnya membuat keputusan nenek itu tidak sihat dan diminta keluar.. Nenek tua itu yang tidak bisa berbahasi English dan berkerusi roda itu ditemani dengan menantu lelaki dia berdua sahaja dengan diiringi janji oleh crew penerbangan bahawa mereka tidak akan dikenakan sebarang caj malah disediakan juga makanan selama menunggu penerbangan berikutnya.. Entah apa magic yang dilakukan oleh pilot, waktu penerbangan dipendekkan 30 minit dan kami selamat mendarat di CGK pada jam 1340 walaupun rasanya sudah delay kaw2 di MNL kerana berangkat jam 1100!  

Bon voyage!


p/s Turns out dah tak perlu bayar airport tax sejak tahun lalu.. Senior salah kasi info tapi dia sendiri tetap masih bayar sehingga sekarang tanpa diberitahu dah tak perlu (笑)


Saturday, 12 November 2016

Trip to Fraser's Hill

30-31 October - PAHANG

Memandangkan majlis perkahwinan kakak ipar akan dilangsungkan di Janda Baik, Pahang pada 29 October, aku dan isteri membuat perancangan untuk bercuti singkat di area situ sebelum berangkat pulang semula ke Indonesia pada 1 November.. Awalnya kami ingin pergi ke Cameron Highlands memandangkan kami berdua masih belum pernah ke sana.. Sayangnya hasrat itu terpaksa dilupakan kerana minggu itu musim cuti Deepavali dan ada ura-ura pasti jalan sesak menuju ke situ.. Akhirnya kami putuskan untuk ke Bukit Fraser yang terletak sekitar 2 jam perjalanan dari Bidaisari Eco Resort, venue majlis perkahwinan kakak ipar.. 


Sebelum tiba di Malaysia lagi kami sudah booking penginapan di Shahzan Inn melalui Agoda selama 1 malam.. Ajak sekali kawan isteri yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada bulan sebelumnya untuk bercuti sekaligus sesi beramah-mesra.. Berangkat dari Janda Baik sekitar jam 12 tengahari, kami singgah sebentar untuk makan siang di R&R Genting Sempah sebelum melanjutkan perjalanan menuju ke destinasi.. Mujur perjalanan lancar pada hari itu dan kami selamat checkin di hotel sekitar jam 4.. Plan nak melakukan aktiviti pada petang itu juga terpaksa dilupakan kerana hari hujan dan rata-rata tempat di sekitar itu juga tutup pada jam 6 petang jadi masa dihabiskan dengan minum petang di warung makan sambil jalan-jalan di sekitar situ..


Aktiviti bermula awal pada pagi itu sekitar jam 8:30 di Allan's water untuk aktiviti naik boat couple pada harga RM9/boat.. Bermain air di atas boat selama 15 minit sambil kasi ikan makan.. Kemudian kami lanjut pula ke Paddock untuk aktiviti memanah dan juga naik kuda.. Awalnya nak naik kuda tapi akhirnya tak jadi sebab tak boleh naik berdua (笑) Teman isteri dan suaminya langsung pulang selepas bergambar bersama di tebing Pine Resort manakala aku dan isteri pulang semula ke hotel untuk bersihkan diri sebelum menuju pulang ke Shah Alam.. Dalam perjalanan pulang, terjumpa air terjun kecil di tepi jalan, jadi kami sempat berfoto dulu bagi melepaskan gian tidak sempat ke air terjun sewaktu di Janda Baik ;)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC