Followers

Monday 16 March 2009

anime & manga

16 Mac - KUSATSU

Anime di Jepun merupakan suatu industri yg menjamin keuntungan berjuta2 yen dan mempunyai peminat2 seluruh dunia. Di Jepun sahaja, terdapat banyak syarikat yg berlumba2 ntk menghasilkan animasi yg bakal menjanjikan pulangan yg mantap.. malah event spt cosplay yang begitu hangat dijalankan setiap tahun oleh peminat2 animasi dan games di seluruh dunia juga merupakan bukti betapa dahsyatnya industri ini. Antara pengeluar animasi yg terkenal di seluruh dunia ialah Studio Gibli yang diterajui oleh pengarah n pelukis tersohor Miyazaki Hayao. Kebiasaannya animasi berasal daripada manga yang kemudiannya ditapis kerana manga mempunyai episod yg terlalu banyak dan x menyumbang kepada jalan citer asal.. Hal ini biasa dilakukan oleh pelukis sekadar menambah m/s manga tersebut.. ttp x semuanya begitu, sbg contoh anime Dragonball dan Naruto mempunyai beberapa bilangan episod yg langsung lari daripada manga, tensen jer menunggu seminggu pastu yg keluarnya episod hampeh yg x menyambung citer.. (pengalaman penulis sewaktu kecil dahulu)..


Pasaran U.S yang suatu ketika dahulu penuh dengan komik made in USA tapi kini dibanjiri dengan manga2 Jepun.. salah sorang pengkaji akan hal ini memberitahu pandangan beliau (sorry sbb lupa nama dia)..

"Semenjak peristiwa 9/11 rakyat Amerika sudah mula membuka mata akan dunia sebenar.. komik2 Amerika boleh dikatakan semuanya bergenre superhero, ini adalah gambaran Amerika sebagai sebuah negara yg kuat dan digeruni negara2 lain.. tp tragedi 9/11 menunjukkan sebaliknya apabila negara yang kuat juga boleh diserang~ Berbeza dengan manga Jepun yang mempunyai berbagai genre seperti sukan, masak2, fantasi, dsb.. ini sekaligus membawa kepada suatu perubahan mentaliti buat rakyat Amerika.."

Masa akan datang bakal menyaksikan banyak filem yang diolah daripada manga2 terkenal.. cumer harapan penulis agar filem yang dihasilkan adalah menepati cita rasa semua peminat.. x mau jadi cam citer Dragonball Evolution yg nampak sangat target ntk budak2 jer.. yg dewasa sumer keciwa dgn jalan citer yg memang lari kaw2 daripada citer asal.. huhu~ sekadar berkongsi, buat masa ini ak sedang mengikuti anime 'Hajime no Ippo' musim terbaru yang disiarkan setiap hari selasa di stesen TV berbayar.. tp ak download jer anime terbaru setiap hari isnin (笑) pakai torrent sbb ade subtitle english.. Bergenrekan sukan tinju, Musim terbaru menjanjikan kualiti grafik yang lebih persis (High Definition) dan jalan citer yg mantap= jom layan intro mengenai anime nih.. enjoy~


4 comments:

  1. ak mnt hajime no ippo..tp anime die trhenti smpai die jd champ kn..ak confius gak..kt mne ko downld anime hajime n ippo 2?

    ReplyDelete
  2. torrent ler.. musim baru nyer title.. hajime no ippo new challenger..

    ReplyDelete
  3. anime dh mcm2 skang..
    buat mase nie aku selesa layan bleach je...

    ReplyDelete
  4. huhu.. dah lame x ikut perkembangan bleach..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC