Followers

Friday 24 July 2009

meeting ngan YPM

24 July - RITS

waktu pagi khamis lepas, waktu tengah tido lagi tetiba dapat panggilan daripada Salmi yg memberitahu staff2 YPM nk ziarah 立命館大学 (Ritsumeikan University) esok pagi.. memula ingat minah ni gurau2 jer, skali bile tgk mailbox ternampak email daripada Sugimoto mengenai hal yg sama.. staff YPM akan hadir ke Rits dalam pkl 10 pagi.. ak hantar balik email kt Sugimoto kalo boleh mintak tukar tarikh sebab skang ni tgh minggu exam tp disebabkan diorang cume nk bertegur sapa jer so xde hal la.. dgn x cukup tido nyer ak bergegas ke Rits dalam pkl 9:30 pagi tanpa sarapan sebab takut dah terlewat.. sampai2 tgk Hisyam ngan Alip pon ade skali; ak suruh diorang miss call kalo staff2 tu dah dtgh sementara ak letak barang kt lab.. ingatkan nk study sat tp hati rasa cam x senang jer sbb waktu tuh dah pkl 10:05 tp bdk2 ni masih x call ak.. bila g balik ke 集合場所 (meeting place), bdk2 ni cakap staff2 YPM salah naik 電車 (train) dan akan lewat.. Sugimoto plak call ak ntk maklumkan kemungkinan diorang akan lewat dalam 1 jam~ huhu, last2 kitorang g lepak2 kt 食堂 (cafe) sambil tunggu staff2 sampai..

4 orang staff yg dimaksudkan ialah En. Ali (CEO YPM), En. Suhaimi, Dr. Suhaya ngan Mr. Konta; tujuan diorang datang sekadar nk berjumpa ngan kitorang sebab kebetulan waktu diorang datang tahun lepas, diorang x sempat nk turun 関西 (kansai)~ diorang datang ni pon sebab di ajak oleh pihak UniMAS yg hadir ke Jpon bagi menemu duga pelajar2 yg ingin sambung pelajaran ke peringkat sarjana.. antara input2 yg ak boleh kongsikan ngan korang sepanjang perbualan kitorang pagi tadi ialah:

  1. Bil. pelajar yg memohon ntk sambung masters under YPM ialah seramai 57 JAD + 5 AAJ
  2. Kuota yg disediakan buat masa ni ialah 11 orang!! (harap2 ak silap dgr~)
  3. Interview ngan YPM akan dijadualkan berlangsung pd akhir bulan OKTOBER
  4. Pihak YPM sedang cuba nak selaraskan pelajar2 yg nk jadi lecturer ngan engineer; yg nak jadi lecturer tu biar di taja under universiti2 manakala yg nak jadi engineer tu biarlah YPM yg tanggung..
  5. Universiti Malaysia Jepon yg digembar-gemburkan telah ditangguhkan pelaksanaan nyer.. kemungkinan besar akan digantikan ngan pembentukan 1 fakulti di UiTM..
  6. Para penemu-duga YPM adalah terdiri daripada En. Ali dan staff2 YPM.. xde muka lain kot~ (sblm ni ak bajet ade wakil2 prof. universiti lain ke skali sebab nk citer pasal research kan..)
  7. Pemilihan pelajar tidak akan dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan semata2, tp akan dinilai secara keseluruhan.. cara korang survive kt Jpon, dsb (pandai2 la pikir sendiri~)
  8. HELP 4 yg masih dalam perancangan skang ni bakal menyaksikan pertambahan pilihan universiti terutama 国立大学 (national university)..
  9. Tahun depan bilangan pelajar 後輩 (junior) yg bakal melanjutkan pelajaran di universiti sekitar 関西 akan bertambah.. viva 関西!
Kalo ikut jadual ade sesi makan2 lepas abis meeting tp disebabkan kelewatan diorang, kitorang terpaksa belanja diri sendiri.. huhu~ paling best bila ak g バイト (part time) petang tadi.. 店長 (store manager) mula memaklumkan pada sumer customer mengenai berita 閉店 (closing shop) pada hujung bln nih; bagi 'memeriahkan' suasana, banyak barang2 yg jarang orang sentuh time g コンビニ (convenience store) di jual separuh harga~ sila la rebut peluang keemasan nih kawan2~ cuma jangan datang time ak バイト yer~ segan skit.. lol

4 comments:

  1. 5 AAJ? sapalah lg 3 rg tu ek...

    ReplyDelete
  2. mmg ko tak silap dgr pn.klu ikt HELP 3,utk master 65 org je,meaning dat taip2 batch hnye ade dlm sekitar 12 org je.hohoho...ganbatte

    ReplyDelete
  3. gambatte untuk org2 yg apply skolar ypm!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC