Followers

Saturday 1 August 2009

In Memories : Circle-K okamoto-choten

31 July - KUSATSU


Tepat pkl 12 tengah malam tadi, secara rasminye kedai di mana ak telah バイト (part time) sejak April lepas telah ditutup buat selama2 nyer.. Alasan yg menyebabkan penutupan kedai tersebut adalah berpunca daripada kegawatan ekonomi kilang terdekat, Daikin yg telah membuang ramai pekerja yg juga kaki2 lepak kt circle-k (lol).. hasilnye untung penjualan di kedai tersebut semakin berkurangan, dan setelah mesyuarat tergempar dilakukan, mereka membuat keputusan bahawa kedai tersebut elok ditutup terus~ huhu.. bila imbas balik peristiwa2 yg membuatkan ak nk バイト situ, rasa nk nangis pon ade... dah la itu satu2 nyer コンビニ (convenience store) yg paling dekat kt kawasan umah ak, lepas ni kene g Family Mart yg amik masa lebih kurang 5~6 minit perjalanan menaiki basikal.. huhu, ak paling suka reaksi2 客 (customers) bila diorang masuk kedai dan tgk banyak barang dah xde~ orang2 近所 (neighborhoods) memang kebanyakan terkejut gak penutupan kedai nih sebab diorang dah gunakan perkhidmatan kedai ni lagi lama seblom ak.. lupe plak nk tanye 店長 (shop manager) kedai ni dah brape lame bertapak kt area Okamoto nih..

Ntk hari terakhir ni buat pertama kali ak dapat shift pagi (1~5 a.m) dan shift petang (3~7 p.m).. terus terang shift pagi memang bosan giler.. seblom ni 店長 cakap dia akan ade skali so ak x jadi la nk bawak nota2 dsb sebab ade teman nk borak ke ape.. skali dia boleh x datang plak~ dah la air minuman pon dah makin kurang, yg tinggal cume お茶 (teh) jpon yg memang x sedap langsung tp nak x nak terpaksa beli gak nk hilangkan dahaga.. shift petang tanpa disangka2 客 boleh ramai plak sebab kt Daikin ade buat 祭り (festival).. memang lawak giler tengok diorang pusing2 kedai pastu keluar sbb xde barang yg boleh dibeli (air minuman yg tinggal cume air tin panas~) ngan makanan2 spt roti dan yg berminyak.. aktiviti 返本 (books returned unsold) memaksa ak register setiap buku dan masukkan dalam kotak; semua skali 15 kotak memang memenatkan.. kebetulan ak abis バイト dlm pkl 7:30 pm dan sempat ntk g 祭り kt Daikin tuh; seblom balik ak sempat bawak balik barang2 cuci daripada dibuang camtu jer~ bila tgk 花火 (fireworks) kt langit, rasa cam Daikin 祭り plak yg merasmikan penutupan Circle-K nih.. haha :)


ある意味 (for some reasons) ak bersyukur gak dengan penutupan kedai tersebut sebab terus-terang boleh kata setiap kali seblom masuk umah lepas balik バイト, ak akan samak dlu tangan sebab antara tugas2 ak ialah goreng makanan yg diperbuat daripada daging b@b1~ (kalo shift kerja ak skali ngan member, boleh la ak peralatkan dia ntk masak sementara ak jaga レジ~).. alasan ak nk バイト situ pon sebab :-
1) dekat sangat ngan umah (4~5 minit naik beskal)
2) x jual arak! (店長 x layak dpt lesen jual arak sbb x lepas syarat umur yg ditetapkan..)
3) nk praktiskan lebih penggunaan bahasa Jpon (ayat wajib bagi setiap foreigners huhu.. )

tapi bila dah berjaya dapat バイト tuh, ak post entri dalam blog pastu adela beberapa hamba Allah mengingatkan ak pasal penjualan makanan daripada binatang haram kt kedai tersebut spt roti, daging2 mentah, junk food dsb.. huhu~ntah camne terlupa abis ak pasal makanan2 tuh.. pastu beberapa minggu lepas tu baru ak sedar yg selama ni ak goreng makanan2 yg diperbuat daripada binatang haram tu gak~ (taubat~).. tp disebalik perkara2 negatif nyer, ak juga memperoleh perkara2 yg positif hasil バイト disana yakni..

1) rakan2 baru; majoriti yg バイト di situ pon pelajar2 Ritsumei berlainan bidang, dan yg selebihnye study kt area Kyoto dan Osaka..
2) mind set orang Jpon waktu beli belah
3) kecanggihan mesin2 yg terdpt dalam コンビニ (レジ, mesin fotostat dsb)
4) layanan mesra orang Jpon dengan 外人 (foreigners)
5) komunikasi ngan jiran2 dan pekerja setempat (agak terkenal sampaikan orang yg datang 点検 gas pon cam ak kerja kt situ..)
6) disiplin dalam melaksanakan suatu tugas yg diberikan
7) teknik2 baru membersihkan tandas dsb (lol)
8) tambah downline~
9) tips2 nk hidop kt sini..
10) pengalaman bekerja bawah orang Jpon~ (ntk masa dpn..)

pastu ape lagi ek? kalo difikir2kan balik memang banyak hikmah kenapa Allah benarkan ak bekerja di sana selama hampir 4 bulan.. huhu, バイト ak seblom ni kt kilang Nilon pon berakhir selepas 4 bulan bekerja gak (yg ni pon sebab kegawatan ekonomi gak~).. ak yakin pengalaman bekerja kt situ membuatkan ak lebih matang dan bersedia mengharungi dunia kerjaya di masa dpn lepas grad nanti..huhu lepas ni kene stat balik job hunting~ nasib baik 店長 sempat memperkenalkan ak ngan バイト cuci エアコン (air-conditioner).. smart gak asalkan bukan kerja kt コンビニ lg sudah~ huhu..

4ヶ月間、いろいろとお世話になりました!

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC