Followers

Monday 22 February 2010

Open House

21 Febuari - ZEZE

Hari nih keluarga abg Amir (Penghulu Shiga) buat makan2 tanpa sebarang sebab2 tertentu~ Plan kumpul kt 南草津駅 (stesen umah) dalam jam 1130; tapi atas sebab2 teknikal, kitorang bergerak ke 膳所駅 (Zeze Station) dalam jam 1215 atas kelewatan seseorang= Open house kali nih ak berjaya membuat kenalan baru iaitu 2 buah famili yang menetap di 京都 (Kyoto).. Salah sorang ialah pelajar 立命館大学 (Rits) M1 tapi kampus berlainan dengan kitorang~ Baru sampai hujung bulan oktober tahun lepas, datang under MITI (Ministry of International Trade and Industry)~ Sorang lagi ialah family doc; seorang pensyarah di UPM; fakulti perhutanan yang kini sedang cuti sabatikal di 京大 (Kyoto University).. Borak dengan orang berpengalaman cam mereka benar2 memberi input2 yg menarik buat diri nih.. Banyak juga salah faham berkenaan AP yang ak dengar daripada Abg Rizal (MITI) nih yang mempunyai pengalaman bekerja selama 7 tahun= Antara salah faham yang ingin ak kongsikan dengan korang ntk entri kali nih ialah :-

  1. Utk mendapatkan AP, calon mestilah menetap di luar negara selama 1 tahun, dan kereta tersebut telah digunakan selama 9 bulan~
  2. Seblom nih member cakap kalo kerja secara profesional di luar negara selama 2 tahun, kita leh bawak balik 2 bijik keter= tp ghupe2 nyer bukan pekerjaan biasa, tp kene ade kaitan dengan kerajaan cam kedutaan dsb~
  3. AP hanya diberi SEKALI ntk seumur hidop.. walaupon ak balik lepas tamat degree, pastu g balik Jpon ntk sambung masters, ak tetap akan ade 1 AP jer..
  4. Kalo korang datang Jpon tanpa buat ape2 selama setahun (lepak bodoh jer), harapan nk dapat apply AP sbb syarat kelayakan dia mesti ade affiliate dengan mane2 institusi@badan di sesuatu negara tersebut=

Borak dengan Doc pon best gak sebab dia nih pernah study di 鹿児島大学 (Kagoshima University) selama 13 tahun seblom pulang ke Malaysia ntk bekerja.. walaupon hampir semua yang kitorang borakkan pada hari nih lebih kepada politik dan agama, point2 yang dia berikan memang buat ak terfikir2 tentang banyak perkara.. Antara point2 yang ak seronok nk berkongsi ngan korang dalam entri nih ialah:-

  1. Antara binatang liar paling baik ialah harimau; kalo korang x kaco dia, dia x akan kaco korang..
  2. Satu2 nyer binatang yang akan teriak sampai satu kampung dengar seblom dia kene 'sembelih' ialah b@b1=
  3. Berbeza ngan menaiki gunung2 di Jpon yang bercirikan riadah, gunung2 di Malaysia lebih bercirikan SURVIVAL! Doc kate dia amik masa 9 hari ntk turun naik Gunung Tahan! (Ak panjat gunung fuji cume 2 hari jer~) Banyak kali gak dia terserempak ngan harimau waktu panjat gunung kt Malaysia~
  4. Satu2 nyer negara yg xde rakan sejati ialah Jpon; Jpon hanye berkawan ngan negara yang boleh kasi dia untung.. kalo ekonomi negara tuh jatuh, siap la ntk di tikam oleh Jpon?! (point nih bahaya skit=)
  5. Gabenor Tokyo skang merupakan bekas penasihat ekonomi Che Det?!
  6. Tahun nih tahun malang kot buat mereka2 yang dapat scholarship under universiti ntk sambung pengajian masters sebab konon nyer KPT tgh lari budget skang nih sampai dah x mampu nk hantar pelajar ke luar negara..

Bab politik ak rase cam x sesuai ntk di tulis kt entri nih sebab ak bukan minat sangat politik pon ;) Sekitar jam 1600 baru kitorang bersurai memandangkan kaum hawa teringin benar nk balik awal.. ak amik kesempatan ntk pergi beli 御土産 (ole2) di 京都 memandangkan lepas nih dah xde masa sangat nk pergi shopping ape sumer~ Awalnyer teringin gak nk usha barang2 御土産 kt 四条河原町 (Shijo Kawaramachi); tempat yang agak terkenal di kalangan 外人 (foreigners) kalo nk beli barang2 御土産 nih~ tp sangkut giler kt bic camera usha teknologi2 baru sampai x sedar masa berjalan~ mujur kt 京都タワー (Kyoto Tower) pon ade la skit gerai2 yang jual 御土産 so ak sempat la sambar2 beberapa 生八橋 (namayatsuhashi) dan sedikit barangan ntk rakan2 dan saudara yang bakal melangsungkan perkahwinan bulan depan~ Start packing~ \(^o^)/

2 comments:

  1. sape nama prof fakulti perhutanan 2?

    p/s: dr x-fakulti perhutanan

    ReplyDelete
  2. ape ek name dia.. lupe la plak= ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC