Followers

Friday 26 March 2010

引越し (House-moving)

23-24 Mac - KUSATSU

Plan asal ialah memindahkan segala barang dalam umah yang diduduki 3 orang; barang ak ngan Joe kt umah baru masing2 manakala barang Adib dipindahkan ke umah 後輩 (junior) yang memiliki bilik kosong.. Segala nyer berubah tatkala ak tiba di Jpon, usha bilik Adib tgk2 orang nyer xde.. tanye Joe ape citer, ghupe2 nyer mamat nih dah lari balik Malaysia meninggalkan barang2 dia.. Meskipun dia dah susun baik; siap dah masuk semua dalam kotak dan diikat kemas, tenaga kerja yang kurang memang makan tenaga yang banyak.. Harapnye boleh diselesaikan segalanya pada 23hb nih tp ataskan faktor2 yang tidak dapat dielakkan, proses pemindahan barang bermula lepas asar.. Berbeza dengan rakan2 lain yang menggunakan perkhidmatan lori ntk pemindahan barangan, kitorang menggunakan kereta Odessey kepunyaan penghulu 滋賀 (Shiga) jer kerana penghulu keras meyakinkan kitorang kereta Odessey dia mampu ntk mengangkut semua barang.. Aktiviti 23hb hanya dapat mengangkat separuh daripada barang2 di dalam umah; mujur beberapa 後輩 memberikan kerjasama yang penuh dalam usaha memindahkan barang daripada umah lama ke umah baru; Hasil pertolongan mereka kitorang sepakat ntk belanja semua makan malam di Restoran Raju (インド料理) dengan set tandoori setiap sorang~ (terbaeek punye!)


Sekitar jam 0930, aktiviti 24hb diteruskan dan alhamdulillah, segala barang berjaya di pindahkan kepada umah2 yang berkenaan.. leceh gak bila dua2 hari hujan tanpa henti membuatkan ada beberapa 後輩 yang jatuh sakit akibat "main hujan" lama sangat waktu nk tolong angkat barang.. Aktiviti 引越し berjaya selesai sekitar jam 1700; ak terus balik umah baru memandangkan perlu bersiap bagi menghadiri majlis MSAJ Kansai di Osaka manakala Joe stay di umah lama buat sementara bagi menemani orang 管理会社 (maintainer) memeriksa setiap bilik sebelum menetapkan keputusan selanjutnye.. Terus-terang bilik2 yang kitorang tinggalkan selama 2 tahun menetap di situ memang dalam keadaan yang agak kureng dengan beberapa kerosakan pada 畳 (tatami) dan kertas 襖 (papered sliding door) dsb.. Memang boleh diduga bila 管理会社 beritahu wang deposit yang kitorang bayar sebelum menetap di umah tuh tidak akan dipulangkan bagi membaiki segala kerosakan ditambah lagi dengan kehilangan kunci asal umah terbabit -_-" Barang2 di umah baru masih blom dikemas sepenuh nyer memandangkan jadual ak penuh sangat minggu nih; iA ak akan buat entri baru mengenai umah selepas selesai melaporkan aktiviti2 lain~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC