Followers

Sunday 11 April 2010

Hanami = Kyoto

11 April - KYOTO


Aktiviti 花見 (Cherry Blossom Viewing) dan 植物園 (Botanical Garden) telah selamat dilangsungkan pada pagi tadi bertempat di 出町柳 (Demachiyanagi) anjuran 京都市国際交流協会, KCIF (Kyoto City International Foundation).. Ak gerak daripada 南草津 (Minami Kusatsu) sekitar jam 1000 menuju ke 山科 (Yamashina) menggunakan JR (Japan Railways) sebelum bertukar kepada 地下鉄 (Subway) ntk ke 三条京阪 (Sanjo Keihan).. Dari situ kene tukar train ntk naik 京阪線 (Keihan Line) menuju ke 出町柳.. Alhamdulillah ak sampai tepat jam 1100; waktu berkumpul sebelom bergerak ke tempat yang di jadualkan ntk makan tengahari sambil 花見.. Boleh tahan gak ramai yang turut serta dalam aktiviti kali nih, buat pertama kali juga dapat berkenalan dengan ayah angkat sebab selama nih dia sentiasa 'sibuk' di umah~ Sepanjang perjalanan menuju ke tempat makan tuh penuh dengan pokok 桜 (Sakura) yang masih lebat= Tempat yang dipilih ialah sekitar 加茂川出雲路橋 (Kamogawa Izumoji Bridge)= Konon nyer petang tuh hujan akan turun, tp waktu kitorang makan tengahari boleh plak matahari terik sampai ade yang pasang payung waktu tengah makan.. Selesai makan tengahari, pihak KCIF menyediakan sedikit permainan ntk berhibur seketika sebelum bergerak ke 植物園 yang terletak kira2 1km daripada tempat kitorang makan~


京都府立植物園 (Kyoto Botanical Garden) merupakan taman bunga paling bersejarah di Jpon; keluasan dia jer konon nyer lebih kurang luas 6 padang besbal 甲子園 (Koshien)! Sebanyak 120,000 tumbuhan merangkumi 12,000 jenis spesis terdapat kt sini; konon nyer pokok bunga sakura jer ade 70 jenis! Taman bunga nih sememangnye terbuka setiap tahun dengan aktiviti berbeza mengikut musim; hanya ditutup waktu awal tahun jer= Waktu ak pergi nih, bunga tulip tengah popular giler dengan bermacam2 jenis dan warna tersusun dalam satu deretan.. Khusyuk sangat amik gambar bunga sampai terlepas banyak penjelasan oleh ガイド (guide) yang secara sukarela membantu menerangkan satu persatu tentang bunga2 di situ~ Selain bunga tulip, masakan bunga 桜 boleh dilupakan~ Antara pemandangan yg x dpt dilupakan bile jalan raya penuh dengan kelopak daun 桜 yang keguguran.. Taman bunga nih juga membenarkan para pengunjung ntk buat picnic; spot terbaik ntk warga 関西 (Kansai) buat aktiviti 花見 kt sini tahun2 berikut nyer~ Kagum ak dengan keajaiban sebatang pokok 桜 yg daun nyer terbahagi kepada warna putih dan merah jambu (kes yang begitu jarang sekali berlaku=).. Sayang sekali sebab x catit maklumat2 lain yg diberitahu sebab sekali dengar memang cepat jer luput dalam ingatan.. -_-"


Aktiviti pada petang tuh bersama2 留学生 (foreign student) yang lain tamat pada sekitar jam 1500.. Alang2 masih ada masa yang terluang, keluarga angkat ajak p 温室 (Concervatory) yang menghimpunkan spesis2 tumbuhan di seluruh dunia.. Masuk jer dalam tuh, secara automatik terasa dah cam bukan kt Jpon, tp dah kt hutan amazon ke mane ntah~ Rasa cam dah jadi mat bunga bila syok nau amik gambar bunga jer dari awal sampai ke akhir program.. Bila masuk bahagian buah-buahan, bangga giler nampak pokok2 yang berasal dari Malaysia membuatkan ak x terlepas mengambil gambar setiap satu.. Hampeh bila pokok jer yang ade, tp buah nyer x semua ade.. buah jambu air ade tp pelik btol name yang dia kasi.. レンブ (Lembu?) Takjub btol bila tengok spesis2 pokok kaktus yang bermacam2 gaya! Langkah kaki terpaksa dicepatkan kerana tempat tuh tutup awal sekitar jam 1600~ Waktu dalam perjalan menuju ke 駅 (railway station) yang berdekatan, kitorang terserempak dengan sebuah teksi daripada syarikat Yasaka yang mempunyai tanda 4 kelopak bunga clover.. Hanya 4 buah teksi daripada 1400 yang mempunyai tanda nih, yang lain hanya 3 kelopak.. Biasa nyer bunga clover hanya memiliki 3 kelopak, barangsiapa yang jumpa 4 kelopak, maka hidup dia akan bahagia? Seblom balik umah, keluarga angkat ajak singgah Starbucks; kali ke2 dalam seumur hidup ak makan dan minum di kedai nih.. nasib baik diorang belanja :p


p/s Gambar2 lain boleh di usha melalui sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC