Followers

Thursday 1 April 2010

Seminar 'Re-Orientation'

29~31 Mac - HACHIOJI



Seminar 'Re-Orientation' telah diadakan selama 3 hari bertempat di Hachioji Seminar House, bandar Hachioji di barat Tokyo.. Program nih adalah wajib ntk semua pelajar JAD 6 yang bakal meneruskan pengajian ke peringkat sarjana, pelajar AAJ yang menerima biasiswa YPM, pelajar PhD yang menerima biasiswa YPM, dan pelajar JAD yang mengalami masalah dari segi pembelajaran.. Program ni diadakan bertujuan ntk meningkatkan motivasi diri dan memupuk semangat cintakan Malaysia disamping mengajar para pelajar memahami Al-Quran sebagai panduan hidup dan bukannye sekadar bahan bacaaan.. Majoriti pelajar hadirkan diri dari awal program tp malangnye, atas urusan yang perlu diselesaikan pada 29hb di universiti memaksa ak bertolak pada keesokan hari nye dengan menaiki 新幹線 (bullet train).. 

Bergambar bersama motivator 

Plan asal nak bertolak pada malam 29hb tuh tp salji yang turun dengan lebat pada hari tuh memaksa ak membatalkan niat~ Mujur segala kos pengangkutan akan ditanggung oleh pihak penaja jadi x risau sangat ntk naik 新幹線 (jumlah 新幹線 yang telah ak naiki setakat nih ialah 5x) 新幹線 bergerak daripada 京都駅 (Kyoto Station) pada jam 0650 itu tiba di 新横浜 (Shin-Yokohama Station) sekitar jam 0900; daripada situ ak naik JR (Japan Railways) sehingga ke JR 八王子駅 (Hachioji Station) keluar kt 南口 (South exit) sebelum bertukar kepada bas no.60 menuju ke 野猿峠 (Yaen-touge) dengan kos tambang berjumlah 200円=

Keunikan Hachioji Seminar House 


Meskipun ak hanye sempat join program selama 2 hari tuh jer, input yang diterima oleh penyampai Dr. Haji Mohd Shafie, pengarah syarikat Al-Huffaz benar2 mantap! Point yang diutarakan oleh Dr. ialah supaya para pelajar melebihkan Allah dalam semua perkara dan sentiasa sediakan dalil bila membahaskan ape2 (笑) Malam 30hb tuh, ak ajak member2 lain p jalan2 'cuci mata' kt 南小沢 (Minami Ozawa); shopping outlet terbesar kot dalam bandar Hachioji nih.. Seblom balik kitorang beli makanan ringan sebanyak yang mungkin ntk sambung borak2 dalam bilik 'semut'; nostalgia abis bila borak pasal waktu sekolah masing2 sampai x sedar jam dah menunjukkan pkl 2 pagi! 


Keesokan hari nyer ade wat party sket di dewan makan ngan makanan yang disediakan memang mantap dan semuanye HALAL! Asalnye nk stay kt situ sampai 1hb ntk layan bola UCL pagi tuh tp teringin nk follow budak2 岡山 (Okayama) yang ingin singgah 上野 (Ueno) seblom pulang ke tempat masing2 dengan menaiki 新幹線~ Konon nyer 上野 terkenal dengan tempat ala2 Petaling Street dan penuh dgn barang2 'pirate'~ Selesai pusing2 上野, kitorang bergerak ke JR 東京駅 (Tokyo Station) dan pulang sekitar jam 1800~ Selamat tiba di 京都駅 sekitar jam 2030; stay up sampai jam 0330 ntk tunggu match Arsenal vs Barcelona tp beberapa minit seblom perlawanan berlangsung, ak tersungkur sebab kepenatan -_-"



p/s Gambar2 lain boleh dilayari melalui sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC