Followers

Wednesday 19 May 2010

Betol ke?

  1. Elok minum air kosong lebih 8 gelas sehari?
  2. Manusia hanya menggunakan 10% daripada kemampuan otak?
  3. Bulu dan kuku manusia tetap akan tumbuh seperti biasa meskipun sudah meninggal?
  4. Bulu akan semakin melebat kalo cukur guna alat pencukur?
  5. Mata jadi rosak kalo baca dalam gelap?
  6. Makan ayam belanda akan jadi mengantok?
  7. Telefon bimbit boleh merosakkan mesin perubatan di hospital?
Korang pernah dengar ke tentang soalan2 di atas? Walaupon mungkin ada soalan2 yang agak janggal, namun sikap 好奇心 (curious) para pembaca mesti tertanya2 samada benar atau tidak kata2 orang atau ia hanyalah rekaan semata2 ?? Kebiasaan nyer kata orang tua2 meskipun berbunyi agak pelik, tapi niat yang sebenar hanyalah ntk mengajar kita supaya lebih berhati2.. Jom kita bincang keputusan kumpulan besar Indiana US mengenai soalan2 di atas.. 
  1. Konon nyer jumlah air yang diperlukan saja yang diambil kira sedangkan di dalam makanan pon ade molekul air.. Kebiasaannye, kalo minum jus atau susu pon dah ok~ tapi kalo terlebih minum, boleh mendatangkan kesan negatif juga pada diri..
  2. Ramai guna nama Einstein dalam kenyataan nih, tp kita boleh tau berapa banyak bahagian yang digunakan oleh otak melalui pemeriksaan imej otak dan penyelidikan pancaran dsb..
  3. Bila kita mati, keadaan kulit kita menjadi kering dan tidak tegang.. Lepas mati, konsep ketumbuhan tidak akan berlaku kerana ia memerlukan tindak balas hormon~
  4. Pada tahun 1928, suatu penyelidikan telah berjaya membuktikan bahawa bulu yang dicukur tidak akan memberi kesan kepada kadar pertumbuhan nye.. malah penyelidikan terbaru turut menyokong keputusan yang sama.. Tapi, ada kebarangkalian bahagian telah dicukur kelihatan seperti lebih tebal, dan gelap..
  5. Sila rujuk entri sebelom nih~
  6. Kandungan asid amino (tryptophan) dalam ayam belanda memang boleh menyumbang kepada mood mata, tp sebenar nyer kandungan tersebut lebih banyak didapati dalam daging b@b1 dan keju! Namun, fakta memberitahu pemakanan ayam belanda boleh merendahkan peredaran darah dalam otak sekaligus membuatkan kita rasa mengantuk~
  7. Laporan mengenai [mesin terkendala] dsb memang ada, dan banyak juga hospital yang melarang penggunaan telefon bimbit di dalam nyer.. Namun, hasil penyelidikan di US mendapati kadar kekerapan adalah terlalu rendah! 
Apa pendapat anda? 



    2 comments:

    1. ERr no komen :D...
      tapi selagi haus selagi tuh minum air..tak tau lak bape gelas sehari :P

      ReplyDelete
    2. hehe..
      ak pon x pernah kire berapa gelas sehari ak minum~ ;)

      ReplyDelete

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails
    Arsenal FC