Followers

Tuesday 1 June 2010

綺麗 (Beautiful)

"Sesungguhnya Allah itu cantik, dan Allah sukakan kecantikan"
Hadis riwayat Muslim dan At-Tarmizi

Setiap manusia terlalu mendambakan kecantikan.. Segala sesuatu kalo boleh mestilah yang cantik dan menarik; tiada siapa yang minat pada yang kotor dan najis.. Perkataan cantik juga sering digunakan terhadap perempuan; menarik atau manis rupanya (link) Kerana terlalu mengejar kecantikan yang di terima masyarakat membuat sesetengah kaum hawa bersolek tebal malah ada juga yang sanggup melakukan pembedahan plastik yang melibatkan kos yang tinggi~ Ternyata definisi "cantik" berbeza di mata setiap orang kerana ak merupakan salah seorang yang mendambakan kecantikan semulajadi~ Islam menyeru umatnya agar menutup aurat; cabaran besar buat kaum hawa kerana dewasa nih kita semua terdedah dengan budaya barat yang gemar memakai pakaian x cukup kain untuk dipertontonkan kepada kaum adam.. Di Jpon, majoriti kaum hawa mewarnakan rambut kepada warna perang, dan mengenakan 化粧 (make-up) tebal.. Waktu musim panas ibarat syurga buat para lelaki kerana waktu nih lah "free-show"! Seluar pendek yang dah cam seluar dalam pastu pakai singlet jer g universiti o_0 Korea Selatan pula terkenal dengan pembedahan plastik; kes ibu bapa x kenal anak perempuan diorang pon semakin meningkat -_-"


Islam mengajar kaum hawa agar berhias di hadapan suami; Malang nyer x ramai yang mengambil intipati apa yang disarankan didalam agama~ Biasa dilihat; nk cantik punye pasal sampai sanggup habis duit gi saloon ntk betulkan rambut kasi ada style dan ikut perkembangan fesyen semasa.. Pemakaian tudung kian dicemuh barat yang mengatakan kaum wanita Islam tiada kebebasan kerana di"paksa" memakainye.. Dunia semakin pelik apabila wanita yang menayangkan aset nye di khalayak ramai disegani malah dipuji gile2 tp wanita yang menutup asetnya itu dicemuh malah dipandang serong oleh masyarakat.. Lucu bila memikirkan sesetengah wanita yang sanggup bersolek depan cermin sehingga mengambil masa berjam2 sekadar mengharapkan pujian ramai tp last2 dapat kutukan sebab terlebih solek (笑).. Perbandingan wanita bersolek sebelum dan selepas melalui video di bawah bakal mengejutkan beberapa pembaca tp sebenarnyer, itulah yang berlaku di sekeliling kita skang nih.. Kalo artis yang dilihat cantik giler di kaca TV, tp bile kluar gambar すっぴん (face with no make-up) kt majalah2, memang terbeliak aa sebab dah cam orang lain! Dahsyat sungguh budaya "cantik" nih ek?!
 

Fitrah seorang lelaki tertarik pada "free-show" sebegitu; ada yang dapat menahan nafsu tp ada juga yang gagal lantas melakukan 'jenayah' sehingga mengaibkan anak gadis orang.. Ada juga yang dah terlanjur, pastu pikir dah xde harapan ntk diselamatkan lalu terjebak dalam dunia pelacuran.. Malah ada juga yang hanya main2 dengan pasangan masing2, tanpa disangka wujud "orang ketiga" secara senyap di dalam kandungan.. Kalo "baik hati", pasangan tersebut akan maju ke jinjang pelamin, manakala yang "#$%&" akan menyalahkan orang ketiga tuh atas apa yang berlaku.. Saban hari kes buang bayi menghiasi dada2 akhbar di Malaysia dan juga blog2~ Media memainkan peranan penting ntk meniupkan perasaan ngeri di mata masyarakat apabila memaparkan imej bayi dalam keadaan penuh hiba~ Namun, entah ape silapnye kes buang bayi bukan nyer makin berkurangan, malah cam xde henti plak.. Budaya "できちゃった結婚 (Marriage due to unintended pregnancy)" sudah selari dengan budaya Jpon, adakah masyarakat di Malaysia juga harus terima budaya nih juga baru kes buang anak akan selesai? -_-"


p/s Penulis kini sedang membaca buku The Search for Beauty in Islam karangan Khaled Abou El Fadl.. Meskipun masih blom habis membacanya, penulis begitu mengesyorkan para pembaca agar membaca buku ini jika ada kesempatan~

14 comments:

  1. kalau rogol berlaku an sebagai nya..

    nak salahkan siapa macam ni??

    perempuan yg seksi2 atau lelaki yang mungkin terangsang disebabkan keseksian itu???

    ReplyDelete
  2. salahkan diri sendiri dulu seblom nk tunding jari kt orang lain..

    ReplyDelete
  3. umat islam di negara lain minoriti de yg ditindas ats sebab menutup aurat.kalau masyarakat kite? xpkai tudung pn xde sape brani tegur kan.kalau ditegur, mulalah kite disalahkan dgn mcm2 alasan..agama hnya pd nama..bkn lgi dlm jiwa.. risau jugak klu adik P ak dh besar xpkai tudung..mak ayah gak tggung dosa..

    ReplyDelete
  4. sejuk perut ibu mngndung dpt anak cam saido...sassuga desu...

    ReplyDelete
  5. entry ni bagus.even ada ayat yang terkena kat ku, its ok.berani buat,kena tanggung.hehehe. thanks tulis entri macam ni!

    ReplyDelete
  6. @ syuk : kita sumer umat akhir zaman~ moga mereka2 yang berkenaan sempat berubah seblom tiba masanya..

    @ zahir : gelabah giler=

    @ nad : arigatou!

    ReplyDelete
  7. @ lizz : huhu, selamat beramal~

    ReplyDelete
  8. itulah..makin di siar berita makin menjadi2 kes buang bayi ni...alahai

    ReplyDelete
  9. pelik? memang pelik. Bagi mereka yang tak berape nak cerdik, diorang x amek berita2 yg dipaparkan tu sbg pengajaran. TAPI sebagai idea n dorongan. Idea camne nak buang baby. Ade geng nak buang baby. Nak tahu lebih lanjut, bace artikel nih.
    http://saifulislam.com/?p=7700
    Bace ah sampai abes. Part last menjelaskan kenape.

    ReplyDelete
  10. "....Sesungguhnya perbuatan memperincikan perlakuan jenayah adalah satu trend media yang mesti dimuhasabah kembali kerana di situlah maklumat diperolehi dengan mudah, bermula daripada jenayah zina, rogol dan samun, hinggalah kepada pembunuhan psikotik yang semakin berleluasa."

    hmm.. 深イイ~

    ReplyDelete
  11. thank you of some of the articles I find this is one of the very interesting article to read, I like this possible for people not important but very useful for us to read

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC