Followers

Friday 11 June 2010

Daniel Day-Lewis

Bagi penggemar filem, nama Daniel Day-Lewis mungkin bukan suatu nama yang asing kerana impak lakonan beliau yang begitu menakjubkan.. Mungkin ramai mengenali beliau menerusi filem yang memenangi 2 anugerah Oscar, "There Will Be Blood" yang ditayangkan pada tahun 2007.. Antara filem yang mengungguli carta 250 filem terbaeek sepanjang zaman IMDB ini benar2 gempak dengan jalan citer yang begitu mengagumkan! Sejak kebelakangan nih, antara filem Daniel Day-Lewis yang ak berkesempatan layan ialah seperti di bawah:-
  1. In The Name of the Father (1993)
  2. My Left Foot (1989)
  3. The last of the Mohicans (1992)

Filem "In The Name of the Father" diolah daripada kisah benar "Guildford Four", 4 orang yang dituduh bersalah dalam pembunuhan pub Guildford yang mengorbankan beberapa askar British dan orang awam.. Jalan citer semakin menarik apabila ayah kepada seorang yang tertuduh tuh cuba ntk menolong anaknye, tapi dia turut sama tertuduh skali membuatkan anak beranak terpelingkup dalam penjara.. Polis menyalah-gunakan kuasa dengan menyorok bukti bagi menjaga air muka kerajaan meskipun penjenayah sebenar telah mengaku bersalah~ 15 tahun hidup dalam penjara istimewa yang didiami penjenayah2 kelas atas membuatkan emosi si anak semakin gile.. Mujur ada peguam tampil ntk menegakkan kebenaran anak-beranak tersebut namun segalanya agak terlambat apabila si ayah menghembuskan nafas terakhir di penjara~ Waktu si anak berjaya mendapatkan kemerdekaan diri dan 3 lagi yang tertuduh, dia secara terang berjanji ntk membersihkan nama keluarga terutamanya nama ayah dia kerana x pasal2 terbabit sama dalam isu nih.. Layan citer nih membuatkan ak terpikir mengapa ada sesetengah orang x puas hati dengan ISA~


Filem "My Left Foot" pula mengisahkan seorang pemuda yang memiliki penyakit lumpuh otak sejak lahir.. Daripada kecik, dia hanya terbaring, x leh bercakap, dan hanya boleh menggunakan kaki kiri dia jer ntk merangkak dsb~ Awal nye ayah dia anggap dia sebagai orang asing, namun segala2 nyer berubah bila dia berjaya menulis dengan kapur di lantai umah menggunakan kaki kiri dia~ Mempunyai adik-beradik yang ramai, ada babak yang menunjukkan dia dijadikan penjaga gol waktu main bola, pastu siap dapat jaringkan gol melalui kaki kiri waktu penalti.. (笑) Dia dapat bertutur dengan baik apabila seorang doktor pakar hadir ke umah dia setiap hari ntk menolong.. Kisah hidup dia sungguh menarik sampai diabadikan dalam buku autobiografi~ Pengorbanan seorang ibu demi menjaga makan-minum anak yang lumpuh otak pasti membuat hati penonton tersentuh.. Dalam senyap2 dia kumpul duit sedikit demi sedikit dengan harapan ntk membelikan kerusi roda ntk anak dia.. Filem nih mengajar kita supaya bersyukur dengan apa yang dikurniakan-Nya~

p/s Ulasan filem "The last of the Mohicans" boleh dibaca melalui sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC