Followers

Tuesday 27 July 2010

2 Legends

26 July - SPAIN

Real Madrid telah kehilangan 2 pemain legenda apabila Raul dan Guti mengucapkan selamat tinggal kepada kelab dan peminat ntk memulakan buku baru dalam karier mereka di kelab lain.. Guti memilih ntk bermain dengan pasukan Besiktas (Turki) setelah berjaya mengikat kontrak selama 2 tahun dengan kelab tersebut.. Raul pula masih belum menetapkan keputusan secara rasmi meskipun desas-desus yang mengaitkan pasukan FC Schalke 04 (Jerman) dengan beliau semakin kerap kedengaran.. Meskipun telah mengucapkan selamat tinggal kepada peminat, mereka masih menyimpan hasrat ntk kembali semula ke Real Madrid selepas menggantung but kelak.. Entri kali nih akan cuba menyingkap sejarah kegemilangan 2 pemain tersebut ntk kelab Real Madrid sepanjang 15, 16 tahun bersama~


Raul
Dilahirkan pada 27/6/1977 di Madrid dan memulakan karier bola sepak remaja ntk pasukan Atletico Madrid pada tahun 1990 sebelum berpindah ke kelab Real Madrid (RM) pada tahun 1992..Karier sebagai pemain bola sepak professional bermula pada tahun 1994 dan menjadi pemain paling muda dalam sejarah RM (17 tahun 4 bulan) ntk bermain dalam pasukan senior~ Sepanjang 8 musim bersama RM, Raul telah berjaya memenangi pelbagai anugerah termasuk juara liga musim 1994/1995; musim pertama beliau bersama RM.. Raul diberikan penghormatan sebagai kapten pasukan pada tahun 2003 setelah Fernando Hieiro berpindah ke kelab lain.. Sepanjang karier bersama RM, Raul tidak pernah berpeluang memenangi piala Raja Sepanyol meskipun pernah beraksi di peringkat akhir pada tahun 2002 dan 2004.. Raul juga merupakan salah seorang pemain yang sehingga kini belum pernah menerima kad merah sepanjang karier professional beliau.. Beberapa fakta menarik mengenai Raul adalah seperti di bawah.. (link)

16 years - and 15 full seasons - with Real Madrid's senior side

17 years and four months... the youngest ever player to debut for Real Madrid's first team

228 league goals... third highest all-time goalscorer in La Liga

323 competitive goals... Real Madrid's all-time top scorer

66 Champions League goals... all-time top scorer in the competition. He's also the first player to hit the 50-goal mark

68 goals in all UEFA club competition... joint all-time top scorer

550 appearances in La Liga... a Real Madrid record and the second highest in the league's history

132 Champions League appearances... second highest in the competition's history

16 major titles

Setiap pemain bola sepak yang terkenal memiliki gaya yang tersendiri apabila berjaya menjaringkan gol.. Raul dikenali dengan gaya mencium cincin perkahwinan sebagai tanda penghargaan buat isteri beliau.. Video di bawah menunjukkan detik2 kegemilangan Raul di RM~ Enjoy!


Guti 
Dilahirkan pada 31/10/1976 di Madrid dan memulakan karier bola sepak remaja di RM pada tahun 1986.. Karier sebagai pemain bola sepak professional Guti bermula pada tahun 1994 dan mula beraksi dalam skuad senior pada tahun 1995~ Posisi awal Guti ialah sebagai penyerang, namun di pindahkan ke posisi tengah dan kerap bermain di posisi tersebut sepanjang karier beliau~ Pada awalnye Guti berjaya membantu pasukan RM memenangi beberapa piala, namun mimpi ngeri dalam karier bola sepak beliau ialah pada musim 1999/2000 apabila pernah dibuang padang sebanyak 8 kali dalam perlawanan liga sahaja.. Musim berikutnye menyaksikan Guti berjaya menjaringkan bilangan gol terbanyak dalam karier bola sepanyak dengan jumlah 14 gol dan kebanyakannye bermain dalam posisi penyerang bagi menggantikan Morientes yang cedera.. Musim 2004/2005 merupakan musim paling suey dalam karier Guti kerana gagal menjaringkan sebarang gol sepanjang bermain selama 7 musim bersama RM .. Musim2 berikut nyer menyaksikan Guti banyak menghabiskan masa di bangku simpanan~ 


Sepanjang 15 tahun karier professional bersama RM, beliau telah bermain sebanyak 542 perlawanan dalam pelbagai posisi, menjaringkan 77 gol dan memenangi 15 piala termasuk 5 piala liga dan 3 piala eropah.. Guti dikenali dengan penghantaran kemas dan mengawal permainan dengan baik.. Antara magik Guti yang sehingga kini x luput dalam ingatan penggemar bola sepak ialah hantaran ke belakang kepada Zidane sewaktu menentang Sevilla.. Guti meninggalkan RM pada 25/7/2010 setelah berjuang sepanjang 25 tahun bersama..

2 comments:

  1. aku salah seorang peminat raul..susah nak compete ngan pemain2 muda sekarang ni

    ReplyDelete
  2. btol2.. harap2 dia dpt main selalu kt Schalke tuh.. ;

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC