Followers

Thursday 8 July 2010

Laurent Koscielny

 7 July - LONDON


Arsenal telah berjaya melengkapkan pembelian ke-2 pada musim perpindahan kali nih dengan membawa masuk pemain pertahanan, Laurent Koscielny daripada kelab FC Lorient pada harga sekitar 8.5 juta euro.. Koscielny akan memakai jersi bernombor 6 yang seblom nih dipakai oleh Philippe Senderos; yang telah berhijrah ke Fulham FC awal musim nih.. Wenger memberi penilain tinggi terhadap Koscielny hasil persembahan menarik ntk kelab FC Lorient pada musim 09/10= Meskipun dilahirkan di Perancis, Koscienly dikhabarkan masih belum menetapkan negara ntk diwakili dalam dunia bola sepak kerana mempunyai darah Polish~ Kedatangan pemain pertahanan baru sememangnya ditunggu2 oleh para peminat Arsenal kerana salah satu sebab Arsenal gagal memenangi piala pada musim lepas adalah kelemahan dari segi pertahanan.. Di khabarkan Wenger turut berhasrat ntk membawa masuk beberapa pemain baru lagi kerana beberapa pemain sebelum nih telah dilepaskan yakni Gallas dan Silvestre.. Jom mengenal serba-sedikit tentang pemain berjersi no 6 nih~



p/s Nak keeper baru  >.<"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC