Followers

Saturday 3 July 2010

真相 (Truth)

 What is past is prologue

Sejak kecil kita diajar kebenaran sentiasa datang secara sendiri, tp bila usia semakin meningkat, kita sedar bahawa perkara ini x benar.. Kebenaran hanya akan datang apabila individu itu sendiri yang mahukan kebenaran.. Dunia ini penuh dengan liku2 kehidupan yang perit dan kezaliman~ Inilah antara logik kewujudan 天国 (Heaven) dan 地獄 (Hell) sebagai pembalasan buat setiap individu tentang segala perbuatan yang telah dibuat sepanjang hidup di dunia.. Jalan menegakkan kebenaran semestinya x mudah kerana 心理的 (psychologically), orang yang dah buat salah memang susah nk mengaku kesalahannye.. Perkara menjadi semakin x terkawal apabila pesalah tersebut mula menebarkan fitnah dan penipuan bagi menutup kesalahan yg telah dibuat.. 

The bigger the lie, the more people will believe it

Ayat2 Hitler benar2 menceritakan apa yang sedang berlaku di depan mata kita skang.. Bermula tragedi 9/11 kepada perang Iraq dan kini isu nuklear yang hangat diperdebatkan di Iran; Dunia media sedang cuba membawa perhatian dunia kepada dunia Islam tetapi malang nyer apa yang cuba dibawakan bukanlah kepada jalan kebaikan tetapi sebaliknye= Media bjiak memusingkan fakta dan menegakkan suatu yg x berlandaskan bukti sahih dengan mengeluarkan pelbagai andaian kerana majoriti masyarakat dunia skang hanya suka disuap tanpa perlu mengeluarkan keringat mencari sumber sesuatu maklumat tersebut~ 

*****************************************************************

Dalam minggu nih, ak berjaya menghabiskan 3 buah citer yang agak menarik ntk diperbincangkan dalam entri kali nih~

1) Final Solution 
Dokumentari menarik mengupas isu perang saudara di Gujarat pada tahun 2002~ Segalanye dikatakan bermula apabila puak pelampau Hindu meruntuhkan sebuah masjid atas alasan tapak masjid tersebut merupakan tempat suci sebuah kuil yang pernah didirikan suatu ketika dahulu (macam pernah dengar x citer nih??) Dahsyat nyer dokumentari nih ialah dia tunjuk bagaimana agama dikaitkan dengan politik sehingga membangkitkan sentimen agama yang melampau lebih2 lagi kepada kanak2 dsb~ Beribu nyawa manusia x berdosa hilang akibat perang saudara nih dengan masing2 menuding jari antara satu sama lain.. Banyak btol fitnah yg dilempar terhadap umat Islam konon nyer semua pengganas di dunia ini ialah orang Islam -_-" Ending dokumentari nih benar2 menyedihkan apabila temu-bual dengan sorang kanak2 yg melihat depan mata sendiri bagaimana keluarganya diseksa dan dibunuh memberitahu apabila dia besar kelak, dia nak bunuh SEMUA penganut agama terbabit~ Dokumentari yang sama tp berkisarkan tentang kanak2 Palestin dan Israel ialah "Promises"~

2) Green Zone
Filem berkisar tentang pencarian WMD (Weapons of Mass Destruction) di Iraq oleh sorang tentera US sehingga membawa kepada penemuan misteri di sebalik terjadinya perang tersebut.. Negara yg terlalu mengejar nafsu ntk menjatuhkan seorang pemerintah dan memonopoli perdagangan minyak di negara terbabit merupakan suatu perbuatan yg salah dan mereka yg bertanggung-jawab seharusnye menerima hukuman, namun sehingga kini isu tersebut hanya bermain2 di meja bulat sahaja tanpa sebarang keputusan diambil.. Perang Iraq masih berlanjutan sehingga kini dengan peningkatan angka2 kematian saban hari benar2 merugikan semua pihak.. Dalam peperangan, tiada pemenang!

3) JFK
Filem yang mengupas kes pembunuhan presiden US ke 35, John F Kennedy yang penuh dengan misteri dan sehingga kini masih tiada perkembangan terbaru.. Watak utama dalam citer merupakan seorang DA (District Attorney) cube merungkai misteri tersebut sehingga membawa kepada hubung-kait badan2 kerajaan termasuk White House kepada pembunuhan tersebut.. Media turut memainkan peranan penting ntk menjatuhkan imej beliau dengan melabelkan pelbagai tohmahan dan fitnah2 mengenai hidup dia.. Filem nih mengambil masa 3 jam, jadi bagi sesiapa yang x sanggup nk layan citer sepanjang nih, ak syorkan sangat korang layan babak2 terakhir filem nih yang memang terbaek!

4 comments:

  1. aku minat jugak filem2 yang berlatar belakangkan sejarah ni..memang syok layan jalan ceritanya..costum pun best jugak

    ReplyDelete
  2. Rase pernah tgk JFK.tak ingat.

    hmm..Barat mmg pandai putar belit pasal dunia Islam,dgn umat Islam sendiri yg xpamerkn peribadi Islam sebenar, mmg susah masyarakat nk lihat the true Islam.

    ape2 pun, cite2 mcm ni ak suke tgk, tp kena hati2 dgn info yg die bg, takut kdg2 hny nk burukkn name Islam.

    btw, promises mcm best je. :)

    ReplyDelete
  3. promises terbaek bro~
    sila layan~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC