Followers

Sunday 8 August 2010

びわ湖博物館 (Biwako Museum)

8 Ogos - BIWAKO

Teringin nk g sejak tahun pertama di Jpon; namun pada ketika tuh kurang sambutan daripada penduduk melayu 滋賀 (Shiga) dan "terlampau" fokus dengan 勉強 (Study) sehingga terlupa abis pada tempat nih sehinggalah ibu angkat tunjuk satu パンフレット (Pamphlet) mengenai tempat2 menarik di 草津 (Kusatsu).. Bila terpampang gambar akuarium yang agak besar dalam gambar di パンフレット tuh, masing2 dah pasang niat ntk lawat 博物館 (Museum) nih dalam masa terdekat seblom Ramadhan menjelma dan tarikh nih telah dipilih..


Naik bas di 草津駅西口 (Station Kusatsu West gate) dan tambang perjalanan ialah sebanyak 420円 sehala.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 25 minit dan kitorang tiba di destinasi sekitar jam 1400~ Bayaran bagi tiket biasa ntk seorang pelajar ialah 400円 (RM 15); kebetulan di situ diadakan 企画展示 (Exhibition Project) bertemakan 湖底探検 (Exploration into the bottom of the lake) dengan menggunakan mesin yang konon nyer dicipta oleh salah seorang 教授 (Prof.) di RITS.. Jumlah harga tiket yang perlu dibayar bagi menyaksikan 湖底探検 tuh ialah 560円.. Kalo ikut peta kawasan, kitorang g layan akuarium dulu iaitu 展示C; sengal x ikut urutan abjad ;p


Kalo usha melalui gambar2, kitorang pon terkejut gak keluasan akuarium di sini yang awal nye menempatkan jenis2 ikan di びわ湖 (Lake Biwa) sehinggalah kepada jenis2 ikan di dunia.. Kagum dengan kecantikan ikan 鯉 (Carp) dan juga saiz yang agak besar.. Kecewa kerana terowong akuarium yang terpampang dalam パンフレット tuh hanya x sepanjang seperti yang difikirkan tp bila difikirkan semula, memadai dengan jumlah yang kitorang bayar (笑) Musykil gak bila dibenarkan ambil gambar di dalam akuarium kerana biasa nyer x dibenarkan kerana kesan flash kamera boleh mengganggu ikan2.. 


Selesai layan ikan, kitorang bergerak ke 展示 seterus nyer iaitu kepada keadaan geografi びわ湖 dan keadaan penduduk di sekitar nye waktu zaman dulu2.. Teringat kampung di Malaysia bila masuk umah kayu di situ.. Di situ juga mengajar mengenai sumber air di 滋賀 yang mengambil daripada びわ湖 dan juga jenis2 tumbuhan dan binatang di sekitar びわ湖~ Seronok layan コリオリ実験 (Coriolis Experiment) apabila dimasukkan dalam sebuah bilik yang berputar pada kelajuan 3 pusingan seminit~ Kitorang dapat tau hubungan putaran bumi dan pusingan air びわ湖 melalui konsep コリオリ実験 dalam masa 10 minit~ 


展示 seterusnye membawa kepada zaman 恐竜 (Dinosaur) dan beberapa fosil ikan zaman batu (笑) di tayang di sini.. Mungkin fosil gajah banyak dijumpai sekitar 滋賀 membuatkan pihak muzium menayangkan fosil terbesar seekor gajah dalam saiz sebenar.. Keliling fosil tersebut diletakkan gading2 gajah yang agak kuno.. Kemudian, kitorang masuk pula ke 展示 yang menayangkan aktiviti dan keadaan penduduk 滋賀 zaman pertengahan~ Beberapa buah kapal dan teknik2 memancing ditunjukkan dalam 展示 nih.. 


展示 terakhir ialah 湖底探検; agak terkejut apabila beberapa keping gambar yang terpampang menunjukkan kewujudan ikan pada kedalaman 70m bawah paras tasik.. Dalam 展示 tersebut juga meletakkan alat ntk mengetahui suhu pada kedalaman yang berbeza; senang citer lagi dalam, lagi sejuk~ Pelbagai hidupan unik yang hidup di bawah paras laut telah ditunjukkan di sini~ Seblom kluar, terkejut bila terjumpa kertas tertulis kalimah syahadah; kertas tuh sepatut nye meminta pengunjung melukis "Apa yang boleh digambarkan bakal dijumpai di 湖底探検 pada masa depan.." ;) 


Teringin nk beli sesuatu sebagai kenangan; biasa nyer ak beli 葉書 (Postcard) tp harga yang dijual kt sini memang xleh blah; 157円 (Biasa nyer dalam 100円 jer) -_-" Kitorang pulang sekitar jam 1645 memandangkan tempat tuh mula tutup pada jam 1630~    


p/s Gambar2 lain boleh didapati di sini

3 comments:

  1. nak jugak 'sesuatu' tuh...hik3..antaq sini sikit..

    ReplyDelete
  2. huhu.. boleh jer~ kasi alamat nanti ak post free of charge!

    ReplyDelete
  3. bestnya...bila la nak smpai ni...(^^)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC