Followers

Monday 2 August 2010

桃狩り (Peach Hunting)

1 Ogos - KYOTO

Kitorang disuruh berkumpul di 京大 (Kyoto University) pada jam 0730; setelah berbincang dengan driver, ak plan ntk gerak bersama dengan driver ke 京大 daripada umah dia yang terletak berdekatan 長岡京駅 (Station Nagaokakyo) yang mengambil masa selama 30 minit daripada umah ak.. Semangat giler gerak dalam jam 0630 tanpa melelapkan mata langsung malam tuh kerana tgk Emirates Cup, Arsenal vs AC Milan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 -_-" Selamat tiba di 京大 sekitar jam 0740, ingatkan kitorang yang lambat sekali terkejut xde orang lagi kt situ.. Kesilapan teknikal yang berlaku membuatkan 3 buah kereta selamat berkumpul ntk bergerak sekitar jam 0900 ;) Mengikut google map, perjalanan ke destinasi フルーツ王国やさか (Fruits Oukoku Yasaka) mengambil masa selama 3 jam setengah! Sempat singgah di 100円ショップ (100円 Shop) ntk membeli minuman dan pisau potong buah (笑)

Perjalanan daripada umah ke destinasi pertama

フルーツ王国やさか
Selamat tiba di destinasi sekitar jam 1145~ Dewasa dikenakan caj 1500円 dan kitorang dibenarkan ntk makan 桃 (Peach) sebanyak yang mungkin sehingga jam 1700~ 夏 (Summer) memang terkenal dengan buah 桃 yang hanya boleh didapati pada musim nih.. 桃 di Jpon agak berlainan dengan negara lain dari segi warna, saiz, dan kelazatannye.. Harga 桃 di kedai juga agak mahal; 2 biji dalam 400円 (RM 15) dan berbeza mengikut tempat pengeluaran.. 桃 paling terkenal di 岡山 (Okayama) sampai ada epik 桃太郎 (Momotaro); teringat waktu kecik2 dulu pernah main game 桃太郎 kt pelantar microgenius.. Lawak nyer pihak sana turut menyediakan pisau; logik gak diorang sediakan daripada suruh 客 (Customer) bawak sendiri -_-" 


Di 京都 (Kyoto), hanya tempat nih jer yang menghasilkan 桃.. Eksplorasi 桃狩り bermula sekitar jam 1230; alang2 dah bayar 1500円, masing2 semangat nk blasah lebih sepuluh 桃 tp yang klakar nyer ada yang makan 3 kali jer dah berhenti.. (笑) Mujur tempat nih menyediakan tempat khas yang mempunyai atap pelindung daripada kepanasan hari~ Pokok 桃 x tinggi mana dan buah nyer memang lebat.. Kitorang diberitahu ntk memetik 桃 berbalut kertas putih sahaja dan kalo boleh jangan picit2 kuat sangat kerana boleh mengakibatkan buah tersebut cepat rosak.. 桃 berbungkus kertas coklat masih blom masak dan 桃 warna hijau tidak disarankan ntk dipetik (笑) Selain blasah 桃, pihak keluarga MyKyoto turut membawa juadah makanan tengahari berupa mee goreng dan nasi.. 


Terdapat 桃 keras dan 桃 lembut.. Ntah kenapa tangan ak kerap terpetik 桃 keras jer ;) 桃 lembut senang ntk dimakan tp x semestinye sumer nye boleh dimakan kerana lagi lembut 桃, lagi cepat rosak.. Bila termakan bahagian2 yang rosak tuh, nafsu ntk blasah 桃 kian berkurangan.. Meskipun berjaya belasah lebih 10 桃 tp rasa nyer x sumer ak abis makan kerana banyak bahagian2 yg dah rosak.. Bila difikirkan semula, padan la tempat nih boleh untung; sebab ada jer jenis orang yang makan sket pastu terus muak (笑) Selesai aktiviti 桃狩り sekitar jam 1430 sebelum bergerak ke destinasi seterus nyer~


琴引浜 (Kotohikihama)
Kalo ikut perancangan, memang tertulis nk mandi-manda dan sangkaan ak ialah mandi プール (Pool).. Terkejut plak bila dibawa ntk mandi pantai; pertama kali mandi pantai di Jpon~ Kesian kt 後輩 (Junior) yang blom abis 試験 (Exam) kerana dibawa ke pantai kerana banyak "adegan2 menarik" di situ (笑) Suhu yang agak panas (±35℃) dan kitorang plak x bawak khemah jadi terpaksa sewa payung dan tikar di kedai berhampiran.. Solat di pantai memang satu pengalaman yg x dapat dilupakan sampai bila2 (笑) Syok mandi di laut ketika ombak kecil tp sering kali ada suara2 berbunyi, "kan best kalo ada bola waktu nih~" Tengah lepak2 di tepi pantai, boleh plak sorang awek sporting datang tegur dan turut sama borak2 dengan kitorang.. Laut air masin memang x best; mungkin ak kurang tido membuatkan mata terlalu pedih lepas masuk air.. Selesai bermandi-manda sekitar jam 1730, kitorang bertolak ke destinasi terakhir yang juga agak berdekatan dengan 琴引浜~


天橋立 (Amano Hashidate)
天橋立 terkenal sebagai salah satu daripada 3 pemandangan tercantik di Jpon.. Jika dilihat daripada atas, 天橋立 boleh dilihat sebagai garis lurus sepanjang 3.6km yang menghubungkan 2 kawasan berlawanan di 宮津湾 (Miyazu Bay).. Mengikut mitos dulu2, nama 天橋立 nih diberi kerana "天に架かる橋 (Stairway to Heaven)" akan kelihatan apabila manusia melihat daripada celah kangkang? Kawasan menarik disini ialah jambatan yang boleh berpusing ntk memberikan laluan kepada bot penumpang.. Kebetulan tarikh nih juga diadakan 炎の架け橋 (Honoo no Kakehashi); sejenis pesta yang diadakan khas ntk pasangan kekasih berdasarkan mitos kisah cinta tuhan Jpon?? (link) Pada pesta nih, sebanyak 200 篝火 (Bonfire) akan dinyalakan oleh para pasangan sebagai upacara menghayati kisah cinta tersebut?! Selesai solat, kitorang makan malam di kedai berhampiran; asal nyer nk makan カニ (Crab) kerana tempat tuh memang terkenal dengan カニ tp malang nyer "musim" カニ hanya bermula pada 6/11 ;) 


Waktu tengah makan, kitorang sempat berbincang mengenai aktiviti petik buah di Jpon; adakah aktiviti yang sama turut boleh laku jika dijalankan di Malaysia? Rata2 "ahli panel" terdiri daripada pelajar PhD yang terikat dengan Universiti jadi topik perbincangan sebegini memang menarik (笑) Hasil perbincangan mendapati aktiviti petik buah mungkin x laku jika dijalankan di Malaysia kerana harga buah yang agak murah dan mudah didapati di pasaraya berbanding di Jpon.. Mungkin aktiviti petik buah 苺 (Strawberry) ada di Malaysia, tp kalo fikir buah lain seperti rambutan dan durian? (笑) Kitorang bersurai sekitar jam 2100; awal nyer driver x guna highway kerana ingin mencari stesen minyak tp malang nyer x berhasil.. Terpaksa berhenti di R&R 六人部 (Mutobe) kerana driver risau jika perjalanan diteruskan, kereta mungkin akan berhenti kerana kehabisan minyak.. 

Seafood Spaghetti 1000円 

Mujur driver melanggan servis kereta dan didalamnye ada menyediakan perkhidmatan minyak petrol.. Hasil sesi diskusi bersama staf memberitahu kereta Honda Stream kepunyaan driver tersebut mampu berjalan sebanyak 70km bermula daripada "lampu" tersebut bernyala.. Setelah berjalan sejauh 26km kehadapan, rezeki sungguh apabila berjumpa dengan stesen minyak yg menyediakan kemudahan セルフ (Self-service)~ Jika perjalanan pergi mengambil masa 3 jam setengah, perjalanan balik mengambil masa hampir 5 jam dan kitorang selamat pulang ke umah masing2 sekitar jam 0200! Pengalaman berharga kerana banyak insiden "初 (First time)" berlaku dalam satu hari ;)   

p/s Gambar2 lain boleh didapati di sini

3 comments:

  1. wah best, bila la ada rejeki nak pergi ni

    ReplyDelete
  2. peach ade kaler kuning ea? tgh belek gamba fb..best2

    ReplyDelete
  3. kuning kehijauan.. blom masak lagi bro.. ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC