Followers

Saturday 18 September 2010

Everland

16 September - YONGIN

Kitorang mempunyai pilihan samada gi Everland @ Lotte World; masing2 mempunyai keunikan tersendiri namun setelah berpuas hati dengan penerangan member di 韓国 (Korea), kitorang bersetuju ntk layan Everland yang mengambil masa hampir 1 jam setengah perjalanan daripada tempat penginapan kitorang.. Daripada stesen Anguk, kitorang kene gerak ke stesen Gangnam dan dari situ tukar naik bas; perjalanan menggunakan bas mengambil masa hampir 1 jam dengan kos perjalanan hampir 2000 Won sehala.. Insiden agak memalukan berlaku di dalam bas apabila seorang makcik dok jerit2 kt seorang ibu disebelah dia kerana bayi dia dok nangis x henti~ Walaupon ak x paham ape yang dia jeritkan, namun ak agak terkejut kerana xde sorang pon yang sanggup "menampar" mulut makcik tuh sebab jeritan makcik tuh mengalahkan bunyi bayi yang menangis (笑) Kitorang selamat tiba di destinasi sekitar jam 1100=

Bayaran ntk 1 day pass ialah 37,000 Won tapi kitorang dapat harga 25,000 Won jer kerana menggunakan kupon yang didapati melalui コンビニ= Cuak gak bila dia suruh tunjuk kad pelajar sebagai syarat ntk menggunakan kad kupon tuh; mujur pakai kad nama jer pon dah lepas sebab kad pelajar ak tertinggal di dalam bilik \(^o^)/ Alhamdulillah hari yang kitorang pilih ntk datang taman tema nih x ramai orang sangat kerana semester baru di 韓国 telah bermula sejak awal bulan lagi.. Everland memegang rekod sebagai taman tema terbesar di 韓国; pernah tersenarai dalam ranking top 10 taman tema yang mempunyai bilangan pengunjung terbanyak pada tahun 2007! Keluasan Everland sememangnye menakjubkan kerana memiliki 5 bahagian tersendiri dan tempat tumpuan semestinya T Express; roller coaster diperbuat daripada kayu yang pertama dan terbesar di seluruh 韓国! 

T Express

Memandangkan ak x makan burger, ntk satu hari tuh ak cume belasah kentang goreng jer -_-" Kitorang jumpa papan tanda yang tertulis menu "Fish and Chips" tapi yang sengalnye kedai tuh masih blom beroperasi.. Ingatkan mula operasi petang sket tp ghupe2 nyer mula operasi pada waktu 冬 (Winter) -_-" Pertama kali rasanye masuk taman tema yang ada banyak binatang dan taman bunga.. Memula risau gak kene beratur panjang sampai pihak Everland pon memperkenalkan perkhidmatan Q-pass yang membolehkan pengunjung "menempah" tempat beratur dan datang semula pada waktu yang ditetapkan.. Mungkin disebabkan kekurangan pengunjung pada hari tersebut, perkhidmatan Q-pass x beroperasi seperti biasa.. 平均待ち時間 (Average waiting hour) mungkin dalam ±5 minit jer kot~ Selain T Express, ak rekomen sangat2 "Double Rock Spin" yang memang lain daripada yang lain.. 

Four Seasons Garden

Waktu usha kedai ole2 sebelum pulang, terkejut ada jual produk Mister Potato keluaran Mamee.. Sanggup ak beli walaupon berharga 3000 Won sebagai tanda penghargaan ntk barangan keluaran negara sendiri \(^o^)/ Kitorang keluar dari Everland sekitar jam 1830 dan tiba di stesen Anguk sekitar jam 2100.. Kitorang x terus balik tempat penginapan sebaliknye membuat keputusan mengejut ntk layan wayang terdekat bagi merasa perbezaan layan wayang di Jpon dan Korea.. Pawagam terdekat tidak jauh tp berpusing gak la nk mencari nyer.. Waktu kitorang sampai, hanya Resident Evil 3D jer citer 英語 (English) yang ditayangkan pada ketika tuh dan waktu tayangan adalah waktu yang sama kitorang sampai.. Harga tiket adalah 13,000 Won dan kitorang diberi cermin mata berserta kain pengelap skali o_0 Konon nyer di Korea xde filem yang dubbing; berbeza giler ngan Jpon yang suka sangat alih suara di dalam bahasa mereka -_-" 


Perbezaan kedua yang ak perasan ialah sewaktu cerita habis; sewaktu credits di mainkan, lampu masih belum bernyala kerana terdapat sedikit cerita di tengah2 credits tuh~ Lepas selesai penayangan sedutan tersebut baru lah lampu pawagam terbuka; berbeza dengan Jpon yang hanya akan menyalakan lampu selepas selesai keseluruhan cerita termasuk credits! Perbezaan seterusnya mungkin waktu iklan sebelum cerita bermula; kalo di Jpon kadang2 waktu iklan sampai 10 minit tapi di Korea x sampai 5 minit pon; waktu kitorang masuk panggung, citer dah bermula -_-" Selesai layan wayang, kitorang mula mencari tempat makan yang sesuai.. Syok jer pusing2 sekitar situ dan terjumpa kedai yang tertera gambar makanan seafood~ Punyalah susah nk tanya pasal menu sebab masing2 x reti bahasa Korea.. Mujur ada gambar di dinding kedai yang menunjukkan nasi berlauk seafood ;) Member yang order menu lain boleh plak dapat makanan yang mengandungi daging babi.. Mujur makcik tuh sanggup buat baru setelah memahami bahasa isyarat kitorang yang mengatakan "x makan daging babi" (笑) 

p/s Gambar2 lain boleh didapati di sini~

2 comments:

  1. memang susah nak cari mkanan halal mau plak kat korea tu..
    kami da agak dah kt jepun mesti suka diorg nk alih bahasa mcm kt indon juge..hehe

    ReplyDelete
  2. yup.. kalo paham amende yg depa tulis iA xde masalah sangat..

    kt Indonesia pon dubbing gak ke?
    aiseh~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC