Followers

Friday 1 October 2010

国勢調査日 (Population Cencus Day)

1 Oktober - JAPAN


Hari nih di pilih sebagai hari banci bagi seluruh penduduk yang menetap di Jpon.. Jpon menjalankan 国勢調査 setiap 5 tahun bagi mengetahui keadaan semasa bilangan penduduk, jantina dan usia, jenis pekerjaan, bentuk keluarga dan sebagai nyer.. Setiap penduduk di kehendaki mengambil bahagian tanpa mengira asal-usul dan keturunan.. Kira2 2,3 minggu sebelum hari nih lagi dah sibok tampal poster di tempat tinggal kebanyakan tempat; umah ak pon x terkecuali.. Secara amnya, setiap penduduk dikehendaki mengisi borang yang disediakan dan menyerahkan borang tersebut samada melalui pos atau secara terus kepada pegawai bertugas yang hadir ke setiap umah pada hari nih.. Konon nyer penduduk Tokyo leh isi borang secara online (siuttt~) Dikhabarkan setelah selesai proses pembancian, segala bentuk borang akan dihapuskan oleh pihak kerajaan!


Oh yer, bermula hari nih juga harga rokok diseluruh Jpon telah naik hampir 25%! Akhirnyer, Jpon bakal melepaskan gelaran syurga buat perokok kepada negara lain.. \(^o^)/ Dikhabarkan harga rokok akan naik sehingga 410円 (RM 15) sekotak berbanding harga asal dalam 300円 (RM 11).. Harga sebelum nih memang dikritik habis sebab agak murah berbanding negara barat yang mengenakan hampir 750円 (RM 27) sekotak! Jpon sebelum nih memang mesra perokok, tp kemungkinan besar lepas nih perokok pon terpaksa berhenti apabila kebanyakan universiti dah mula mengharamkan kebanyakan tempat sekitar universiti ntk merokok.. Sebot pasal rokok, ada sesetengah member ak ingat rokok di larang dalam Islam.. Rokok memang haram tp masih ramai Muslim yang hisap rokok.. so camne ak nk terangkan beza rokok dengan babi kt diorang ek? -_-"


5 comments:

  1. RM15 sekotak rokok..pergh, memang tinggi tu

    ReplyDelete
  2. @ etomyam: kt Jpon masih murah lagi.. ;)

    @ dya: yezza.. dengar citer ramai gak yg nk berhenti merokok lepas harga rokok naik.. :)

    ReplyDelete
  3. yer ker..ade ke teknologi kt sane utk berenti rokok kyo??

    ReplyDelete
  4. hmm.. rokok elektronik dah banyak gak jual kt kedai..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC