Followers

Sunday 31 October 2010

Shahadatul Haq

30 & 31 Oktober - OSAKA


Program Autumn Gathering (AG) anjuran AMIR Kansai diteruskan lagi pada tahun nih dengan menghimpunkan hampir 100 peserta yang datang daripada seluruh pelusuk Jpon ntk berkumpul di 大阪府立少年自然の家 bagi mengikuti aktiviti berkonsepkan usrah (peringatan) mengenai makna syahadah.. Perjalanan daripada 南草津駅 (Minami Kusatsu Station) menuju ke 水間観音 (Mizuma Kanon) mengambil masa hampir 3 jam; kagum ak dengan seni reka bentuk 駅 (Station) tuh yang agak unik kerana berbentuk tokong.. Jarak daripada 駅 ke 自然の家 tuh ialah 6km; mujur ada orang yang tolong amik naik keter.. Semangat giler bawak charger handset sebab plan nk layan bola malam tuh menerusi iPhone; malang nyer boleh plak tempat tuh xde line Softbank -_-" WiFi pon bila ditanye kt penyelia bangunan, diorang leh x tau (笑) Jumlah bayaran yang dikenakan hanya 2000円 ;)


Program bermula sekitar jam 1430 dengan sedikit flash back tentang ISK (Ini Sejarah Kita) yang membincangkan tentang graf turun naik sejak zaman Nabi sehinggalah penghapusan sistem khalifah di bumi pada tahun 1924.. Program tangguh buat sementara bagi memberi laluan ntk solat, makan malam dan juga mandi お風呂 (ofuro) pada petang tuh.. Ini merupakan kali ke-4 ak masuk 自然の家 di seluruh Jpon, tp kt 大阪 (Osaka) nih nyer お風呂 paling besar! Program bersambung semula sekitar jam 2000 dengan slot seterusnye yang membincangkan tentang "Syahadatain", konsep asas yang perlu diketahui ttg kalimah syahadah.. Penceramah jemputan sanggup datang daripada 山口 (Yamaguchi) tuh; tp rekod datang paling jauh ntk AG kali nih ialah daripada 茨城 (Ibaraki) yang konon nyer mengambil masa 10 jam perjalanan menggunakan keter o_0


Point yang menarik dan sesuai dikongsikan ntk entri kali nih ialah sikap orang Islam zaman skang yang agak lari daripada ajaran Islam sebenar; kita melihat dunia zaman skang yang penuh dengan isu2 terrorism yang dikaitkan dengan Islam itu sendiri dan bukan pengikutnye.. Ibarat orang yang bawa keter Ferrari yang cun giler, tp bawa cam orang xde lesen.. kalo eksiden, salah keter ke salah pemandu? Pagi keesokan hari nye lepas solat subuh, plan asal nk panjat bukit tp atas sebab2 keselamatan peserta, program pagi tuh ditukar kepada "treasure hunt"; 自然の家 nih pon rasa2 nyer paling kerek kot 設備 (facilities) luaran dia sebab siap ada port ntk pasang khemah dan sebagai nye.. 


Pagi tuh plak お風呂 xde pasal orang Jpon memang jenis x mandi pagi jadi diorang x sediakan air panas ?! Selesai sarapan, program diteruskan dengan slot terakhir yang membincangkan tentang sebuah skrip yang ditulis oleh Syeikh Abul al-Maududiyy berjudul "Syahadatul Haq" (link) Program tamat sekitar jam 1400; semalam dok cuak 台風 (Typhoon) yang dikhabarkan akan singgah di situ tp alhamdulillah semua masih selamat.. Cuma waktu nk balik baru hujan mula turun renyai2.. Sayang tertinggal kamera di umah; kalo x banyak gak gambar yang hendak diambil..


3 comments:

  1. bagus sangat ni bro jpin aktiviti tema agama macam ni

    ReplyDelete
  2. Sape bg talk pn ISK n syahadah tu?

    ReplyDelete
  3. Hmm.. bukan diambil dari luar.. student2 je..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC