Followers

Thursday 10 February 2011

エーシック (Asyck)

10 Febuari - KYOTO

Hari nih ak turut-serta dalam 見学ツアー (Field trip) ke syarikat エーシック (株) yang terletak di Uji, Kyoto dengan menaiki bas.. Trip kali nih ditanggung sepenuhnya oleh RITS; sejak bulan lepas lagi semua pelajar 電子コース (Electronic course) telah diberitahu tentang trip kali nih tp baru semalam ak buat keputusan ntk turut-serta setelah dijemput oleh 先生 (Supervisor).. 14 orang turut-serta terdiri daripada 4 orang pensyarah manakala yang lain sumer pelajar.. Perjalanan daripada RITS menuju ke Uji mengambil masa hampir 45 minit.. エーシック merupakan sebuah syarikat yang agak baru berstatus 中小企業 (Small to medium enterprises) dan pekerjaan utama syarikat nih ialah menghasilkan dan menjual peralatan LED.. Kitorang dibawa masuk ke dalam bangunan 省エネ館 (Shoenekan) yang baru dibuka pada Oktober tahun lepas; keistimewaan bangunan nih ialah hampir 100% lampu yg digunakan diperbuat daripada LED keluaran syarikat nih! 


Seperti yg diketahui umum, penggunaan lampu LED mendapat perhatian baru2 nih kerana 省エネ (Energy conservation), 長寿命 (Long life), dan クリーン (Clean) iaitu bebas daripada 有害物質 (toxic substance) dan mengurangkan 二酸化炭素 (CO2).. 省エネ館 juga dijana 100% menggunakan tenaga solar daripada 72 panel solar yang tersusun di atas bumbung bangunan.. Malah, tenaga yang dikumpul pada hujung minggu pula akan dijual kepada 関西電力 (Kansai Power Company) memandangkan hari cuti umum.. Tabik spring kt 会長 nih yang asalnya grad universiti bidang seni, pastu masuk 東洋電具 (ROHM) sekadar nk buat バイト (Part time) jer.. Last2 terus rasa seronok dengan apa yg dibuat, sedar2 dah 30 tahun dia keje kt situ sebelum minta berhenti pada usia mencecah 50 tahun.. Beberapa bulan selepas tuh, dia rasa bosan sangat bila xde benda nk buat, ada pelanggan yang minta dia buat barang terus menjadi penyebab utama datang keinginan ntk membuat syarikat.. Tepat jam 1400, taklimat daripada 会長 (Chairman) tentang bagaimana seorang pelajar hendak berjaya apabila menjadi 社会人 (Working adult)= Taklimat beliau menekankan 4 point utama..

  • 社会人として常識を身につける (Mengetahui pengetahuan am sebagai seorang pekerja dewasa)
  • 基礎能力を高め社会での対応力 (Meningkatkan asas kemampuan diri yg boleh menyumbang kepada masyarakat)
  • カタブツ、専門バカになるな! (Jangan terlalu berpegang teguh kepada sesuatu kepakaran sebaliknya berani mencuba bidang yg lain..)
  • 技術者からマネージメントへ (Jadilah seorang jurutera yang boleh mendidik pekerja bawahan)

Selesai taklimat 会長, giliran 社長 (Director) pula memberikan sedikit taklimat tentang syarikat dan juga latar belakang beliau.. Merupakan salah seorang graduan RITS dlm bidang MBA, beliau merupakan orang pertama yg dipertanggungjawabkan ntk tugasan 営業 (Sales) syarikat.. Walaupon penggunaan LED lagi bagus daripada lampu pendafluor, namun kos yang agak tinggi disamping kurangnya permintaan daripada 一般家庭 (General household) membantutkan pasaran LED.. Antara sebab kurangnya permintaan daripada 一般家庭 ialah LED beroperasi menggunakan DC; tp rata2 litar di umah mempunyai inverter yang x diperlukan sekiranya ingin memasang lampu LED.. Proses ntk membuang inverter daripada litar semata2 ntk memasang lampu LED juga melibatkan kos yang agak tinggi malah konon nyer ada juga kes proses tersebut gagal kerana sukar?! Terkejut giler bila tgk saiz LED skang yg ternyata berbeza daripada LED yang biasa digunakan ketika 実験 (Experiment).. Konon nyer 会長 merupakan orang pertama yang bertindak membuang リード線 (lead) pada LED?? 


Kini LED bukan sahaja mengeluarkan satu warna, tp 1 cip boleh mengeluarkan tiga warna asas RGB secara serentak membolehkan LED tersebut memancarkan semua warna.. LED warna kuning elok digunakan bagi menghalau 虫 (Bug) kerana konon nyer 虫 xleh kesan warna tersebut?! Di masa akan datang, penggunaan LED turut akan berubah daripada menyalakan seluruh bahagian kepada menyalakan bahagian2 yang penting sahaja ntk 省エネ.. Biasa nye LED boleh bertahan selama 40 000 jam (4~5 tahun jika digunakan tanpa henti)~ Teknologi masa kini mengadunkan penggunaan tenaga solar bagi menghidupkan LED menambahkan permintaan daripada pelanggan khususnya daripada syarikat2 besar, kilang2, dan nelayan! Dengan hanya meletakkan alat pengesan pada litar, LED tersebut boleh menyala pada waktu malam dan tutup pada waktu siang secara automatik tanpa menggunakan suis.. Sebelum pulang, ak beli cenderahati ntk diri sendiri iaitu keychain LED bertenaga solar pada harga 300円..     



4 comments:

  1. Salam..

    kat bilik aku lampu guna LED mcm dlm gambar ko kat ats tu..huhu..tp sakitla mata sinaran cahaya lampu jenis mcmni...

    ReplyDelete
  2. gambar mane? mustahil gambar keychain tuh? haha.. mata sakit sebab terang sangat ke ape? cuba tukar arah suluhan lampu tuh.. hmm, konon lampu warna biru boleh memberikan suasana tenang.. ko nyer warna ape? huhu~

    ReplyDelete
  3. hehehe..gambo lampu tu la...xkan keychain lak...lampu xde waarna...cerah je..putih..hahaha.. aku pon xsure,yg aku tau,sama ngan gambo tu...huhu

    ReplyDelete
  4. bgus la cm2..tp engineer kne ubah sikit bg LED nie pkai kt pendawaian kt umah..huhu

    p/s: Terima Kasih kerana sudi memberi komen di blog saya..Sebagai balasan saya membuat kunjungan balas ini ke blog anda..=)

    ****KLIK GAMBAR FOTOGRAFI TERKINI DISINI****

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC