Followers

Monday 11 April 2011

[一次選考] Fuji Furukawa E&C

8 April - SHIBUYA

Beberapa hari yang lepas, ak menerima panggilan daripada Global Leader bertanyakan samada ak berminat untuk menghadiri 会社説明会 (Company presentation) 富士古河E&C bertempat di 渋谷 (Shibuya) pada tarikh nih.. Istimewanya syarikat nih hanya menyediakan 会社説明 khusus untuk 留学生 (Foreign students) dan selepas akan terus ada 一次選考 (First selection).. Kebetulan ak memang ada di sekitar 関東 (Kanto) lagi pada 7hb tuh, jadi leh jimat kos perjalanan memandangkan syarikat nih x sediakan tambang~ Masa yang dijanjikan adalah pada jam 1330 bertempat di bangunan 渋谷プレイス (Shibuya Place) iaitu 5 minit daripada JR Shibuya..

Taken at Shibuya

Berpusing gak nk mencari bangunan nih; mujur orang Global Leader bantu beri tunjuk arah dengan menggunakan telefon.. Ak merupakan orang terakhir yang tiba dan waktu tuh seramai 7 留学生 termasuk ak yang hadir~ Syarikat nih memiliki 6 anak syarikat di beberapa negara ASEAN dan Malaysia merupakan yg paling baru di bina pada Oktober tahun lepas.. Tujuan syarikat nih menyediakan 説明会 khusus ntk 留学生 adalah supaya kami leh pulang ke negara asal selepas menjalani 研修 (Training) selama 3 tahun.. Boleh tahan gak syarikat nih sebab tugas jurutera yang dilatih adalah daripada awal projek sehingga kepada hujung projek dan bukannya satu2 bahagian jer~


Selesai 説明会 sekitar jam 1430, kitorang diberi pilihan samada berminat ntk menjalani 集団面接 (Group interview) atau pon terus pulang.. Peluang dah terbuka, memang mustahil la nk tolak.. Memandangkan ada 7 calon, kitorang dibahagi kepada 2 kumpulan, dan kumpulan ak seramai 4 orang di suruh bersedia di bilik khas bagi memberi laluan kepada kumpulan lain ntk menjalani 面接 (Interview).. Waktu dalam bilik menunggu, borak sakan la dengan 留学生 lain; Vietnam, Thailand dan Malaysia.. Setakat nih memang sukar nak dapat peluang berinteraksi dengan 留学生 lain; ingatkan ak paling jauh skali, rupanya ada yang lagi jauh sampai naik bas 8 jam semata2 nk dengar 説明会 nih..


Calon lain lebih 先輩 (Senior) daripada segi tempoh duduk di Jpon; tahun nih merupakan tahun ke 4 ak tapi yang lain ada yang 6,7 tahun tuh.. Suasana dan tekanan sewaktu 集団面接 bersama calon 留学生 juga berlainan berbanding dengan 日本人 (Japanese).. Kagum giler dengan ayat calon Vietnam yang lancar giler 日本語 (Japanese) pastu banyak giler dia cakap.. Sampaikan waktu semua dah abis pastu sesi tanya soalan, dia boleh minta kebenaran untuk bercakap lebih sedikit tentang 自己PR yang belum diucapnya.. Berbeza dengan 面接 yang pernah ak hadapi sebelum nih, soalan yang ditanya oleh penemuduga langsung x sentuh tentang 研究 (Research) tapi lebih kepada kehidupan di Jpon dan apa yang kita nk buat bila masuk syarikat tuh nanti..


Nasihat berguna yang diberi oleh penemuduga sebelum mengakhiri 面接 kitorang pada petang tuh juga sangat berguna; tujuan 面接 tuh adalah memberi peluang kepada penemuduga dan calon ntk saling mengenal antara satu sama lain.. Jadi adalah penting ntk calon cuba mendapatkan komunikasi bersama penemuduga daripada dok borak lebih kepada diri sendiri.. Masa 面接 adalah pendek dan bilangan 面接 juga lebih kurang 2,3 kali jer sebelum calon yang berjaya tuh di pilih ntk diambil bekerja.. Jadi, dalam masa yang singkat tulah penemuduga akan cuba mengenal calon tersebut kerana mereka akan bekerjasama bersama calon tersebut selama 20~30 tahun lebih selepas tuh.. Be yourself! 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC