Followers

Tuesday 5 April 2011

[一次選考] KYOCERA

5 April - KYOTO

Alhamdulillah, エントリーシート ES (Entry sheet) dan WEB TEST lepas dan ak berjaya dipanggil ntk 一次選考 (First selection) di 本社 (HQ).. Secara umumnya, 一次選考 lebih kepada 集団面接 (Group interview) dan lazimnya soalan2 yg bakal ditanya adalah merujuk kepada apa yg ditulis dalam ES~ Ak diberi pilihan ntk memilih tarikh yang sesuai dan ak memilih pada hari nih.. Sengal gak bila beberapa hari lepas tuh dapat email daripada Kyocera bertanyakan samada ak minat ntk ambil 面接 (Interview) dalam 英語 (English) pada 12hb.. Memandangkan 論文 (Thesis) pon dalam 英語, elok amik 面接 pada 12hb tuh tp hampa sebab dah penuh -_-" 面接 bermula pada jam 1530 dan kitorang diminta berkumpul sejak jam 1515 lagi..

Kyocera 本社

Hari yang sama juga diadakan 面接 ntk 技術職 (Engineering) dan 営業職 (Marketing) dan bilangan peserta ntk 文系 (Social sciences) kaw2 ramai.. Sewaktu sedang menunggu giliran, rezeki apabila salah seorang peserta yang sudah selesai membocorkan soalan yang bakal ditanya ketika 面接 \(^o^)/ Tepat jam 1530, kitorang semua di bawa masuk ke bilik persediaan di tingkat 5 bagi penyerahan dokumen yg diminta serta penayangan video mengenai Kyocera selama 10~15 minit.. Setelah itu, kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan di pindahkan ke bilik lain ntk sesi 面接.. Kumpulan ak terdiri daripada 2 orang pelajar 学部 (Undergrad) yang berlainan 専攻 (Course) dan penemuduga pula terdiri daripada 人事 (Human Affair) sorang dan 技術職 (Engineering) sorang..

Suasana bilik 面接

面接 bermula sekitar jam 1550 dengan sesi memperkenalkan diri.. Mujur ak duduk dibahagian hujung kiri jadi ak merupakan orang yang terakhir dalam segala hal.. Soalan pertama yang keluar ialah menceritakan tentang apa yang kita betul2 kerah tenaga dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.. Daripada soalan tuh, penemuduga juga bertanyakan tentang apa yang kita belajar di universiti, 研究 (Research) yang dilakukan, apa pandangan rakan2 terhadap anda, kenapa pilih Jpon? dsb.. Soalan ke-2 pula lebih kepada sebab kita ingin masuk syarikat tuh~ Berpeluh gak bila disuruh bercerita; pakai 3 lapis pastu air-cond cam x pasang jer ;p 面接 bermula sekitar jam 1550 dan tamat sekitar jam 1630= Keputusan 面接 nih akan dimaklumkan dalam tempoh 10 hari daripada sekarang; jika berjaya akan maju ke 二次選考 (Second selection)

p/s Nyaris2 tersebut pasal syarikat lain waktu 面接 tadi.. Demerit jugak bila 面接 berderet nih ek -_-"     

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC