Followers

Wednesday 27 April 2011

Sebab Tsunami Melanda Jepun

Ak berasa terpanggil untuk menulis entri nih bagi menjawab tohmahan yang dilemparkan oleh beberapa blogger yang menulis berkenaan apa yg disifatkan sebagai sebab terjadinya tsunami tanpa melibatkan ilmu sains.. Terus-terang ak tidak menolak 100% teori yang mereka kemukakan sebab kekuasaan Allah melampaui jangkaan hamba-Nya.. Cuma ak tidak suka cara tulisan mereka yang menunjukkan seolah-olah seluruh rakyat Jepun seharusnya "menderita" akibat perbuatan SEGELINTIR masyarakat mereka yang melakukan sesuatu yang "tidak bermoral".. Berikut merupakan teori-teori yang dikemukakan oleh salah sorang daripada mereka (link)

豊年祭 (Harvest Festival)
Kalau hendak dibandingkan dengan 裸祭り (Naked Festival), 豊年祭 nih boleh dikatakan perayaan paling x bermoral di Jpon kerana secara terang-terangan menjadikan zakar lelaki sebagai simbol perayaan.. Perayaan nih disambut pada 15 Mac setiap tahun sebagai tanda penghargaan atas hasil tuaian yang banyak dan segala bentuk kesuburan~ 豊年祭 disambut oleh penduduk bandar Komaki yang terletak di Nagoya.. Kaum lelaki akan mengangkat model mirip zakar bersaiz besar manakala 巫女 (Maiden shrine) akan mendukung zakar bersaiz kecil.. Konon nyer sesape yang menyentuh zakar tersebut akan "mendapat bayi"~ (link

Bila ak tunjukkan video nih kat member lab, mereka semua terkejut kerana sepanjang 23 tahun menetap di Jpon, mereka sendiri x pernah tahu kewujudan 祭り (Festival) seperti nih.. Perkara nih memang masuk akal sebab Jpon memang kaya dengan 祭り sehingga dikatakan jumlahnya mencecah 2500 perayaan sepanjang tahun.. (link) Biasanya 祭り dikendalikan mengikut kepercayaan agama penduduk sesuatu tempat, dan perbezaan mazhab juga membawa kepada perbezaan 祭り.. Jangan ingat Islam dan Kristian sahaja yang mempunyai mazhab (笑) 


Sedihnya bila tulisan kebanyakan blogger secara kasar menunjukkan seolah-olah seluruh rakyat Jpon menyambut perayaan berkenaan sedangkan majoriti member lab ak serta-merta menunjukkan reaksi jijik bila melihat 祭り nih.. Sape tak jijik bila ditunjukkan kemaluan tapi pentingnya di sini ialah sikap toleransi antara masyarakat Jpon.. Malah jika dilihat dari segi tujuan 祭り nih diadakan juga bukannye ke arah keburukan seperti yang disangkakan orang ramai.. Kenapa kita nak sibuk urusan rakyat luar negara sedangkan di negara sendiri terdapat juga penduduk yang menyembah berhala dan melakukan upacara-upacara pelik khususnya penduduk peribumi yang mempunyai kepercayaan animism.. 

Kalau begitu, Malaysia juga tidak lari daripada terkena bala disebabkan perbuatan mereka?? Malaysia mungkin lagi teruk jika hendak dibandingkan dengan Jpon sebab Malaysia kan negara Islam~ Adakah sama balasan yang menimpa orang kafir yang tidak mempercayai keesaan Allah dengan balasan orang Islam yang mempercayai keesaan Allah tapi masih melakukan kerosakan di muka bumi nih?? Sesungguhnya kita mudah untuk mengkritik sesuatu perkara tapi penting memberi kritikan yang berasas! Tolonglah buat sedikit rujukan sebelum menilai sesuatu daripada terus-menerus mengkritik secara membuta-tuli..

Pembunuhan Ikan di laut
Teori paling sadis iaitu mengaitkan ikan lumba-lumba yang membalas dendam terhadap Jpon kerana membunuh mereka.. Sesiapa yang telah melihat dokumentari "The Cove" pasti berasa pilu melihat aksi nelayan-nelayan Jpon yang "menyeksa" mereka.. Bila ak bertanya tentang perkara nih kt member Jpon, dia mempertikaikan pula kenapa perlu bising tentang cara diorang bunuh ikan sebab memang itulah cara yang paling mudah bagi mereka mendapatkan daging ikan tersebut.. Negara lain mempunyai cara tersendiri tapi bagi Jpon yang mementingkan adat, perkara begini memang bukan suatu perkara yang besar.. Citarasa diorang terhadap ikan mentah memang janggal tapi memang itulah cara mereka.. Mengapa perlu dikritik?


Pernahkah anda membeli ikan keli di pasaraya? Ak teringat sewaktu membeli ikan keli di Giant suatu ketika dahulu, ikan keli yang  masih hidup ketika tuh di hempap dengan tukul kayu pada kepalanya.. Bila tak mati lagi, penjual ikan tuh pon libas berkali-kali atas meja dapur sehingga ikan tuh betul-betul mati.. Tidakkah perbuatan tuh pon boleh dilabel sadis? Ak faham ramai orang sedih bila melihat nasib イルカ (Dolphins) yang terbunuh sebab pemikiran kita terhadap イルカ yang berimej comel dan riang.. Memang kejam tindakan "penyembelihan" nih; sebab tu lah organisasi PETA mengkritik keras tindakan penganut Islam dan Yahudi yang menyembelih binatang.. (link) Bagi mereka, bunuh guna elektrik lagi kurang sakit daripada sembelih.. Jika turun bala di Malaysia suatu hari nanti, adakah akan ada video tentang "Revenge of herbivores"??  -_-"


Isu seks bebas
Ramai yang mengaitkan isu penjualan majalah lucah secara berleluasa di Jpon dan juga pengamalan seks bebas di kalangan masyarakat sebagai punca bencana menimpa mereka.. Tahukah anda bahawa undang-undang Jpon mengHARAMkan seseorang melacurkan dirinya? Meskipun majalah lucah boleh dijumpai dengan mudah di コンビ二 (Convenience store), pengunjung tidak boleh membaca secara percuma kerana ia telah dibalut @ dilekatkan dengan pita.. Jpon lagi "Islam" apabila mengasingkan lelaki dan perempuan di dalam keretapi dengan menyediakan gerabak khas untuk mereka lebih awal daripada Malaysia (笑) 


できちゃった結婚 (Shotgun Marriage) merupakan suatu perkara yang biasa di Jpon di mana pasangan berkahwin disebabkan sudah ada bayi di dalam kandungan.. Jika dipandang daripada satu sudut memang perbuatan nih tidak bermoral.. Namun sekurang-kurangnya mereka bertanggungjawab dengan berkahwin dan membesarkan bayi tersebut daripada mengambil tindakan drastik membuang bayi tersebut di tepi longkang dsb.. Jika isu seks bebas orang kafir menjadi isu, mengapa tidak mempertikaikan kes seks bebas dikalangan penduduk Malaysia yang beragama Islam? Bala yang bakal turun lagi dahsyat sebab mereka mengakui Syurga dan Neraka namun masih engkar meninggalkan tabiat terkutuk tuh.. 

Kesimpulan
Sekali lagi ak tekankan bahawa bukan niat ak untuk menolak mentah-mentah segala teori yang dikemukakan tapi lebih kepada mengingatkan kalian termasuk diri sendiri bahawa kita ni hidup dalam planet yang sama.. Masing-masing boleh mempelajari antara satu sama lain dan belajarlah memberi kritikan yang membina daripada kritikan yang meruntuhkan~ Hari ini anda menulis tentang sesuatu perkara yang buruk tentang sesuatu kaum, kelak esok orang lain akan menulis perkara yg sama tentang kaum anda pula kerana itulah karma; what goes around, comes around~ Akhir kata, ingatlah pesanan Nabi dalam ayat dibawah:


p/s Ayuh mengambil iktibar daripada video dibawah~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC