Followers

Thursday 14 April 2011

撤去 (Take Away)

12 April - KUSATSU

Amaran awal yg x diendahkan..

Salah satu kebebasan yang x terdapat di Jpon ialah meletakkan kenderaan di mana2 termasuk basikal.. Memang disediakan tempat letak basikal berbayar di sekitar kawasan 駅 (Station) dan スーパー (Supermarket), tapi dah jadi sikap turun-temurun ntk mengutamakan yang lebih murah atau percuma (笑)~ Teringat lagi waktu awal2 sampai Jpon dulu, kitorang main belasah jer letak basikal depan コンビ二 (Convenience store) sebelum gerak ke 駅, tapi kene sound dengan sorang pakcik yang memberitahu kalo biarkan jer kt situ, akan kene pungut~ Di kawasan ak, ada 2 tempat parkir basikal yang luas; 1 tempat hanya mengenakan 120円 untuk sehari, manakala 1 lagi tempat mengenakan 150円 selama 12 jam~

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.. -_-"


Sepanjang duduk di Jpon, ini merupakan kali pertama ak "tertewas" di tangan tukang pungut -_-" Agak terkejut gak sebab selama nih perkiraan ak sentiasa tepat; waktu bahaya letak basikal di tempat haram ialah daripada pagi sampai petang jam 5 camtuh.. Kali nih ak letak basikal sekitar jam 1730, sepatutnya selamat tapi bila ak sampai semula sekitar jam 2000, basikal sudah lesap! o_0 Terpaksa "melaporkan" kehilangan basikal di pondok polis terdekat dan waktu tuh la ak diceramah pasal tempat2 yg diharamkan.. Tempat basikal ak ditahan plak agak jauh daripada umah, pastu yang best nyer kene bayar denda sebanyak 3000円 (RM100) waktu nk g amik -_-" Hari yang boleh diambil pula hanya Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad bermula jam 1400~1900..

p/s Teori terbaru ak ialah boleh meletakkan basikal di tempat2 haram pada hari2 yg tertulis di atas.. Tapi buat masa nih dah takut nk letak kecuali hari Ahad (off day)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC