Followers

Tuesday 26 April 2011

Test Center

26 April - OSAKA

Test Center merupakan tempat bagi calon pekerja mengambil ujian SPI II menggunakan PC.. Ujian yang dikenakan bergantung kepada kehendak syarikat; biasanya 能力試験 (Ability test), 適性試験 (Aptitude test), dan 英語試験 (English test).. Ujian SPI nih sebenarnya x jauh berbeza dengan ウェブテスト (Web Test) yang biasa kene ambil ketika menghantar エントリシート (Entry sheet) cuma kali nih agak formal sebab kene amik ibarat dalam dewan peperiksaan dan soalan matematik xleh guna kalkulator (苦).. Ak dikehendaki mengambil ujian nih sebagai salah satu syarat untuk maju ke peringkat terakhir iaitu 最終面接 (Final interview) bagi syarikat 富士古河E&C..      

Elok dibaca sebelum mengambil ujian SPI

Bagi menghadapi ujian nih, seseorang tuh perlu menetapkan tarikh terlebih dahulu dan tempat.. Konon nyer 全国 (All Japan) ada test center tersendiri tapi yang pasti xde di 滋賀 (Shiga) jadi tempat terdekat ialah 京都 (Kyoto) dan 大阪 (Osaka).. Malang nyer waktu ak nk tempah di 京都, boleh plak 満席 (Full seat) jadi terpaksa pilih di 大阪 -_-" Mujur waktu melapor diri, ak di suruh buang air siap2 sebab bila dah masuk bilik ujian, langsung xleh kluar.. Sebelum masuk, ak diberi 1 fail berisi 2 pensil tekan dan 3 helai kertas mengira.. Berjaya menyelesaikan ujian dalam masa sejam tapi x yakin langsung dengan jawapan sebab gagal memahami tulisan 漢字 (Kanji) dalam beberapa soalan -_-"

Ada tempat mengendalikan ujian SPI camnih..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC