Followers

Monday 25 April 2011

Tokyo Tour

24 April - TOKYO

Plan asal sepatutnya pusing2 Tokyo pada hari Sabtu pastu balik ke 関西 (Kansai) pada hari Ahad naik 新幹線 (Bullet train); malang nyer hujan sehari suntuk pada hari Sabtu menyebabkan plan terpaksa dianjakkan.. Konon nyer nak pusing2 Tokyo tapi gerak kluar dari umah sekitar jam 1330 gara2 kelewatan member (笑) Brunch di Restoran Siddique buat pertama kali; terletak di 西新宿 (Nishi Shinjuku) jadi jalan kaki jer dah leh sampai.. Harga makanan lebih kurang sama dengan Raju tapi お代わり (Refill) dia caj 100円 jer.. Rezeki bila member ada kupon yang membolehkan kitorang dapat minuman jus secara percuma.. Selesai makan ape sumer sekitar jam 1500 -_-


Destinasi pertama ialah 皇居 (Tokyo Imperial Palace) yang terletak berdekatan dengan 東京駅 (Tokyo station).. Baru perasan yang reka bentuk 東京駅 yang agak kuno mirip Stesen KL~ Sepanjang perjalanan menuju ke 皇居, ak memang terkejut dengan keluasan kawasan sekitar sebab selama nih kalo pusing2 area Tokyo, memang rasa sempit giler jer.. Sampai jer di destinasi, agak hampa apabila diberitahu kitorang hanya ada 1 jam ntk pusing2 taman 皇居 sebab kawasan tuh tutup tepat jam 1630! Punyalah gelabah pusing merata kt situ sampai terlupa nk singgah 休憩所 (Souvenir shop) pon -_-" Memang x sempat nk pusing abis pon termasuk Muzium yang menyimpan artifak lama.. Mujur tiada bayaran ntk tiket masuk jadi insya-Allah boleh pergi lagi di masa akan datang~


Destinasi seterusnya pula ialah tempat yang ak teringin giler nk pergi sejak dulu lagi iaitu 六本木 (Roppongi)~ Hanya tertarik dengan nama tempat tuh jer, tapi bila dah sampai memang ak kagum abis aa~ Daripada dia nyer 駅 (Station) sehinggalah kepada bangunan sekitar tuh yang ternyata ntk golongan elit jer kot.. Di sini juga la ak melakar sejarah sendiri apabila pertama kali menjejakkan kaki di kedai pakaian Zara.. Nyaris2 terbeli baju T yang kebetulan tengah buat jualan sempena Golden Week~ Bila fikir2 balik, duit ak banyak abis kt koleksi Arsenal daripada fesyen remaja masa kini (笑) Pusing2 dalam Roppongi Hills tuh sekali terjumpa 森美術館 (Mori Art Center).. Kebetulan tengah buat pameran Planetarium yang agak menarik membuatkan ak tercabar ntk masuk..

Pandangan Roppongi daripada atas..

Sebelum tuh singgah jap tv asahi HQ yang terletak bersebelahan dengan Roppongi Hills.. Ada satu bilik khas berbentuk bulat yang dalamnya mempunyai bola besar yg menunjukkan keadaan semasa bumi.. Canggih nye bila kita leh putarkan bumi tuh sebab ia beraksi cam iPhone.. Jenguh nak mencari コンビニ (Convenience store) kt dalam Roppongi Hills tuh ntk keluar duit.. Memang dahsyat kedai2 ntk golongan elit nih, sehinggakan rata-rata fesyen pengunjung yang ak jumpa pon dah cam artis! Reka bentuk コンビ二 pon elit gak.. Masuk semula kt 森美術館 sekitar jam 1900; mujur dia buka sehingga jam 2200~   


Bayaran 1300円 dikenakan ntk tiket masuk 森美術館 sebab harga set (Planetarium + Art + Tokyo City View).. Agak tergesa2 gak menikmati 森美術館 nih sebab perlu balik ke 関西 naik bas pada malam tuh pada jam 2330; daripada 六本木 menghala ke umah member plak amik masa sejam jadi nak tak nak sebelum jam 2100 dah kene keluar daripada 森美術館.. Planetarium memang terbaeek sebab rekaan berserta video persembahan tentang galaksi benar2 mengasyikkan.. Kagum gak bila melihat hasil seni artisan terkemuka termasuk sesuatu yang melambangkan islamik.. Tokyo City View agak biasa jer, lagi best Tokyo Tower~ Memang berkejaran gak balik tuh ntk kemas beg dan berangkat pulang; mujur sempat! 

p/s Gambar2 lain boleh dilihat melalui sini~ Dok teringat lagu nih bila sebut pasal Roppongi (link)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC