Followers

Monday 2 May 2011

AMIR Golden Week Gathering

29 April ~ 1 May - HYOGO


Selalunya program Golden Week Gathering (GWG) anjuran AMIR (Aspiring Malaysian Rijal) ini diadakan di kawasan sekitar 関東 (Kantou) namun kali ini buat pertama kali nya ia dilaksanakan di 関西 (Kansai) dengan 兵庫 (Hyogo) terpilih sebagai destinasi.. Program 3 hari 2 malam ini dilaksanakan di 明石市立少年自然の家 (Akashi Nature Homes), 明石 (Akashi).. Dalam banyak-banyak 自然の家 yang ak pernah pergi, yang kali nih nyer mungkin paling 便利 (Convenient) sebab terletak di tengah-tengah bandar dan line Softbank penuh! Biasa nye dikelilingi bukit tapi kali nih terletak di sebelah pantai.. 


29 April 
Hari nih merupakan 昭和の日 (Showa Day) dan merupakan cuti umum di Jpon; namun tidak semua universiti yang memberikan cuti kepada pelajar termasuk RITS -_-" Meskipun ak tiada kelas pada tahun ini, ak dikehendaki menyiapkan kertas untuk dihantar ke 学会 (Conference) maka ak juga terpaksa bergerak lewat.. Program bermula sekitar jam 1500 namun majoriti daripada RITS bertolak sekitar jam 1900 menuju ke 江井ヶ島駅 (Eigashima Station) iaitu stesen terdekat daripada destinasi.. Kami selamat tiba ke 自然の家 sekitar jam 2100; mujur makanan malam disediakan namun kami terlepas sesi ice-breaking dan hanya sempat 自己紹介 (Self introduction) sebelum masuk tido memandangkan light off jam 2200 -_-"  


30 April
Hari ni merupakan main event iaitu aktiviti "Explorace".. Kami dipecahkan ke dalam 5 kumpulan kecil dengan setiap kumpulan memiliki seorang fasilitator.. Setiap kumpulan diberikan 1万円 untuk duit tambang perjalanan~ Checkpoint pertama pagi tuh memerlukan kami bergerak menuju ke 明石公園 (Akashi Park) dan disitu kami di soal tentang "Apakah nama burung yang di bela oleh Abu Umair?" Sape yang leh jawab soalan nih memang ak tabeeek spring sama dia~ Menurut cerita, Abu Umair merupakan seorang kanak-kanak yang rapat dengan Rasulullah; suatu hari burung nya mati dan Abu Umair bersedih sehingga membuatkan Rasulullah yang sibuk dengan aktiviti harian baginda boleh memberikan masa sehari untuk menggembirakan hati Abu Umair tersebut~


Checkpoint kedua pula memerlukan kami bergerak menuju ke Meriken Park yang terletak di 神戸 (Kobe).. Di situ terdapat kesan tinggalan gempa bumi teruk yang berlaku di Jpon pada tahun 1995 (link).. Pada checkpoint kali nih kami diperkenalkan dengan sahabat baginda, Abdullah Ibn Masud yang terkenal sebagai seorang pentafsir Al-Quran yang hebat.. Kemudian, kami maju pula ke checkpoint ketiga iaitu 生田神社 (Ikuta Shrine) di mana kami diberi soalan yang paling pecah kepala, "Apa ibu kepada perbuatan baik yang sedikit?" Jawapan kepada soalan nih ada di dalam surah al-Qariah yang berbunyi:


Checkpoint seterusnya ialah Masjid Kobe; ini merupakan kali kedua ak menjejakkan kaki di masjid nih meskipun menetap di 関西 ;p Soalan kali nih juga agak kencang apabila disuruh nyatakan ayat dalam Al-Quran yang memberikan harapan yang agung oleh Abdullah Ibn Masud= Jawapan kepada soalan tersebut terletak di dalam surah Az-Zumar yang berbunyi, 


Kami diberikan rehat sebentar untuk makan tengahari dan menunaikan solat.. Sepanjang berada di dalam masjid, ak dapati kelibat beberapa orang Jpon yang masuk ke dalam masjid dengan niat untuk mengambil gambar.. Ada yang muda dan ada juga yang tua; seorang pakcik siap bertanyakan samada perbuatan mengambil gambar di dalam masjid ketika orang lain sedang menunaikan solat itu mengganggu ;) Explorace diteruskan dengan checkpoint terakhir yang meminta kami mencari satu tempat yang terletak di 北野異人館 (Kitano Ijinkan).. Kebetulan terdapat pesta Hindu ketika dalam perjalanan kami; 異人館 menempatkan pelbagai jenis bangunan kuno barat dan dikatakan di situ juga terdapat bangunan barat pertama di dirikan di Jpon~ 

生田神社
Kobe Mosque

Agak pelik juga kenapa pantai langsung x digunakan sepanjang Explorace kali nih? Mungkin masa yang tidak mengizinkan kerana biasanya aktiviti di pantai benar-benar mengambil masa yang panjang berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lepas.. Malam tuh pula aktiviti BBQ di laksanakan meskipun dalam keadaan angin yang agak kuat~ Dapat gak mandi pada malam tuh memandangkan pihak pengurusan tidak membenarkan kami mandi pagi kerana bukan budaya mereka kot? Terkejut apabila sabun buku sahaja yang disediakan; biasanya ada syampu dan sabun botol ;p.. Terus masuk tido sebab kepenatan sehari suntuk..


1 May
Pagi nih pula kami diberikan masa untuk mengemas barang sebelum maju ke dewan ntk sedikit pengisian dan aktiviti bergambar.. Majlis bersurai agak awal daripada sangkaan sampai tiada makan tengahari disediakan -_-" Bagi tidak menghampakan perjalanan ke 兵庫 pada kali nih, ramai pakat untuk makan di Fish Market yang terletak di Kobe Harborland.. Ini merupakan kali pertama ak makan di sini; kos makan ntk seorang ialah 2100円 (RM 76) dan kitorang boleh makan semua makanan yang terhidang~ Puas hati bedal ketam kaw-kaw (笑) 



p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~          

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC