Followers

Wednesday 25 May 2011

Ben Gulak

Ben Gulak mungkin boleh dianggap antara belia yang berjaya dalam bidang reka-cipta.. Hasil ciptaan beliau yang terkenal buat masa ini ialah "Uno" iaitu sejenis motosikal yang mesra alam kerana 100% bergantung kepada tenaga elektrik.. Dilahirkan di Canada, Ben dibesarkan dalam suasana di mana keluarganya memberikan dorongan untuk berfikir secara kreatif; ketika kecil, ayah Ben mencabar Ben untuk membina sesuatu dengan menggunakan permainan Lego.. Minat Ben terhadap kenderaan mula menyerlah apabila melihat masalah lalu lintas yang teruk ketika lawatan ke China bersama keluarga.. 


Isu berkaitan pencemaran membuatkan minat Ben menjurus kepada teknologi hijau~ Selain menghasilkan kenderaan yang berbentuk menarik, Ben juga sedang membuat kajian dengan pihak tentera dalam mengaplikasikan kenderaan yang beliau hasilkan untuk kegunaan di medan perang.. Video dibawah menceritakan serba sedikit tentang pandangan Ben terhadap sistem pembelajaran semasa yang agak mengongkong pelajar daripada berfikir secara kreatif; lebih kepada pak turut~ Betulkah begitu?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC