Followers

Tuesday 3 May 2011

Deception


Baru-baru ni dunia dikejutkan dengan pengumuman Obama mengenai kematian Osama Bin Laden di Pakistan tanpa mengeluarkan lebih maklumat tentang perkara tersebut.. Sejak itu pelbagai gambar dan video tersebar secara meluas di youtube dan facebook tentang wajah Osama ketika mati namun majoriti adalah FAKE! Sekali lagi media memainkan peranan penting dalam membawa arus perdana dan mengawal emosi serta reaksi masyarakat; media boleh menaikkan nama seseorang dan juga boleh menjatuhkannya dalam sekelip mata.. 


Jika dulu Osama dipuji kerana membantu US ketika menentang Soviet Union di Afghanistan pada tahun 1979 namun kini berita kematian beliau membawa wajah gembira buat masyarakat dunia.. Segala-galanya bermula dengan sebuah video yang konon nyer memberitahu yang beliau merupakan dalang di sebalik tragedi 9/11 sedangkan sehingga kini ramai orang masih mempertikaikan kesahihan video tersebut.. Malah terdapat juga sebilangan besar orang yang meragui kewujudan Al-Qaeda itu sendiri yang konon nyer melahirkan terrorist~ Ternyata agenda barat itu jelas dalam usaha mengawal minda manusia.. 




Walau apa pun yang berlaku, penulis ingin mengingatkan semua agar tidak terlalu mempercayai apa yang dibawa oleh media sebaliknya cuba menyiasat sendiri akan sesuatu perkara.. Sesungguhnya perbuatan itu lebih dituntut oleh Islam seperti yang disebut di dalam Surah Al-Hujurat di bawah..


p/s Kebenaran pasti akan terungkai dan segalanya adalah faktor masa.. Video dibawah menunjukkan bagaimana media mampu menipu kita semua.. ;)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC