Followers

Wednesday 11 May 2011

Hiking Mt. Daimonji

8 May - KYOTO

大文字山

Projek pendakian 大文字山 (Mt.Daimonji) yang bertempat di Kyoto telah selamat dilaksanakan dengan jayanya pada Ahad yang lepas.. 大文字山 yang mempunyai ketinggian 466m mungkin antara gunung terendah di Kyoto namun ia terkenal dengan perayaan 五山送り火 (Gozan no Okuribi) yang diadakan pada 16hb Ogos setiap tahun.. Projek pendakian ini diuruskan oleh keluarga angkat ak yang menetap di 宇治 (Uji); kami diminta berkumpul di 山科駅 (Yamashina Station) pada jam 1100.. Seramai 12 orang yang turut-serta dalam projek pendakian; 6 pelajar Malaysia dari RITS= Bertolak daripada 駅 sekitar jam 1130 dan memulakan perjalanan melepasi checkpoint pertama iaitu 毘沙門堂 (Bisyamon-do).. Di situ terdapat sebuah pokok sakura yang agak besar dan kononnya terkenal.. 


Operasi masuk hutan dijalankan selepas itu; menyesal tak pakai baju berlengan panjang sebab tangan terasa gatal-gatal ketika memasuki hutan.. Boleh tahan juga track hutan ini; konon nya memang tiada orang yang ditugaskan untuk mengawasi track disini.. Dengar cerita memang tidak pernah ada kes orang yang sesat di hutan melainkan memang ada niat untuk 自殺 (Suicide) -_-" Dalam perjalanan terjumpa ramai 日本人 (Japanese) daripada usia kanak-kanak sehingga kepada golongan tua.. Paling tua yang kami jumpa berusia 80++ tahun o_0 Selamat tiba di puncak sekitar 1 jam pendakian; mujur cuaca pada hari itu agak cerah meskipun 天気予報 (Weather forecast) meramalkan hujan pada petang itu.. 


Berhenti rehat untuk makan tengahari di kawasan yang agak lapang dan bersebelahan dengan tokong kecil di atas gunung? Kagum dengan ayah angkat yang berusia hampir 70 tahun tapi gemar mendaki gunung; siap bawa  peralatan untuk masak air~ Sewaktu turun bukit, kagum sebab tidak menemui sampah hatta plastik sekalipun sedangkan tiada tong sampah yang disediakan di atas itu.. Track yang kami lalui membawa ke perhentian terakhir iaitu 銀閣寺 (Silver Pavilion), antara tokong terkenal di Jpon.. Tiket masuk yang dikenakan ialah 500円; jika 金閣寺 (Golden Pavilion) terkenal dengan tokong nya, 銀閣寺 mungkin lebih terkenal dengan persekitarannya yang agak menarik.. Pulang sekitar jam 1600; terpaksa menaiki bas kerana tiadanya perkhidmatan 地下鉄 (Subway) di situ~

Di hadapan 銀閣寺

p/s Sepatutnya nak pusing jauh lagi, tapi oleh sebab ada suara yang hendak balik awal sebab dah penat daki gunung, terpaksa ikut majoriti ;) Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini~  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC