Followers

Wednesday 18 May 2011

I'm Coming Home

Sejak Jpon dilanda musibah bencana tsunami dan bahaya radiasi, telefon bimbit ak sering menerima panggilan daripada Malaysia; pelbagai orang yang perlu ak telefon juga untuk menerangkan situasi sebenar dan keadaan semasa.. Perkara paling sukar apabila di suruh pulang ke Malaysia pada waktu itu oleh ahli keluarga terutamanya daripada nenek.. Hampir setiap hari ak menanti jawapan daripada kedutaan samada tiket balik akan ditanggung oleh kerajaan atau tidak, namun jika member di 東京 (Tokyo) pun kena gelak bila bertanyakan soalan yang sama, lagikan ak yang tinggal di 滋賀 (Shiga), yang jaraknya 500km jauhnya daripada 福島 (Fukushima) (笑) 

Jauh sungguh kedudukan Shiga dengan Fukushima yang diukur menggunakan link

Pertengahan bulan 3 memang tiada kelas, kerana pelajar sedang menikmati cuti musim bunga pada ketika itu dan semester baru bermula pada awal April.. Jika diikutkan hati, mahu sahaja ak beli tiket pulang ke Malaysia bagi meredakan perasaan keluarga yang begitu bimbang setelah melihat bagaimana stesen tempatan memaparkan seolah-olah Jpon bakal hilang di peta bumi -_-" Namun pada waktu yang sama juga ak sedang sibuk dengan 就職活動 (Job hunting); banyak syarikat terutamanya di kawasan 関西 (Kansai) yang meneruskan aktiviti 説明会 (Expo) mengikut jadual tanpa tangguhan.. Jika tidak menghadiri 説明会 tersebut, kebarangkalian untuk mendapatkan pekerjaan adalah sukar membuatkan ak menebalkan hati untuk terus menetap di Jpon..

Memula ingatkan pakej MAS sekitar 4万円 jer, tak perasan plak ada kurungan kat bawah tuh -_-"

Ak memang sudah nekad untuk pulang ke Malaysia untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga pada tahun ini.. Tahun lepas pergi beraya dengan member di kedutaan dan Korea, raya tahun ini memang kena balik meskipun tidak lama sebab ada 学会 (Conference) pada hujung bulan Ogos.. Seperti biasa MAS menyediakan pakej istimewa untuk pulang ke Malaysia; namun harga yang dikenakan pada tahun ini agak tinggi berbanding tahun sebelumnya iaitu sekitar 6万円 (RM 2250) untuk pergi dan balik.. Teringin hendak mencuba penerbangan AirAsia yang kebetulan mengadakan promosi separuh harga daripada MAS, tapi rasa leceh pula hendak naik dari 羽田空港 (Haneda Airport) yang agak jauh daripada tempat penginapan ;p


Alhamdulillah, ak sudah mendapat pekerjaan dan insyaAllah bakal memulakan hidup baru di 関東 (Kanto) bermula April tahun hadapan.. Jadi pelbagai perkara yang perlu ak uruskan sebelum pulang ke Malaysia Ogos ini antaranya menukar lesen memandu Jpon dan membawa pulang buku-buku yang tidak digunakan.. Banyak barang yang perlu di bawa pulang jadi minta maaf siap-siap kat orang yang ingin memesan barang sebab ak yakin beg akan penuh dengan buku kali ini ;p Berharap dapat bertemu dengan rakan-rakan sekolah sempena kepulangan ak kali ini memandangkan selepas ini mungkin peluang untuk pulang ke negara asal menjadi sukar selepas menjadi 社会人 (Working adult)~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC