Followers

Monday 30 May 2011

Moon Landing Hoax

Apollo 11 merupakan roket pertama dilancarkan oleh US pada tanggal 15 Julai 1969 dalam misi menghantar manusia ke bulan.. Di khabarkan US tergesa-gesa menghantar manusia bagi mencipta rekod dunia kerana tidak mahu kalah dengan Russia yang telah membuat rekod dunia apabila roket Luna 2 berjaya tiba di permukaan bulan pada tahun 1959.. Apollo 11 selamat tiba di bulan 5 hari selepas itu yang menyaksikan Armstrong mencatat rekod sebagai manusia pertama menjejakkan kaki di bulan.. 

That's one small step for (a) man, one giant leap for mankind
- Armstrong

Menerusi gambar-gambar yang di keluarkan oleh NASA tentang ekspedisi ke bulan, ramai mula mengeluarkan teori konon nya Apollo tidak pernah menjejakkan kaki ke bulan dan apa yang dipertontonkan kepada dunia merupakan suatu pembohonngan yang nyata.. Hujah tersebut diperkuatkan lagi memandangkan tiada lagi ekspedisi ke bulan yang dijalankan selain US~ Ada pendapat lain mengatakan gambar-gambar tersebut di ambil di dalam studio dan bukannya di permukaan bulan.. 


Antara teori yang diketengahkan ialah soal bayang-bayang yang tidak selari, kesan tapak kaki di permukaan bulan, postur angkawasan jelas kelihatan sedangkan ia sepatutnya dilindungi oleh bayang-bayang pesawat, bendera US tidak sepatutnya berkibar sebab tiada udara di angkasa.. Menariknya ialah NASA dituduh melakukan "slow-motion" bagi menipu orang ramai apabila melihat angkasawan tu benar-benar sedang melompat-lompat di bulan.. 


Ak pernah menonton 2 buah dokumentari berjudul "Astronauts gone wild" dan "A Funny Thing Happened on the way to the Moon".. Setiap dokumentari mempunyai teori yang tersendiri dalam menguatkan hujah mereka bahawa pendaratan ke bulan itu hoax.. Dalam dokumentari pertama, penerbit itu menemu-ramah beberapa angkasawan yang telah mendarat ke bulan dan di akhir temu-ramah tersebut, dia minta angkasawan itu bersumpah di atas kitab Bible namun tiada seorang pun yang berani bersumpah mereka telah mendarat ke bulan!   


US memang penipu besar dalam macam-macam hal jadi tidak mustahil isu ini juga merupakan salah satu daripada agenda US.. Namun, pandangan ak berubah setelah melihat Episod 10 musim 6 rancangan Mythbusters yang memberikan jawapan kepada segala teori konspirasi yang disebarkan di internet.. Video-video dibawah menceritakan tentang kajian mereka bagi membuktikan bahawa Armstrong dan kuncu-kuncunya memang benar berjaya menjejakkan kaki di bulan.. BUSTED!





p/s Elok jika pembaca sendiri lihat secara penuh episod ini bagi memudahkan pemahaman anda~

1 comment:

  1. thanks for this awesome web page, i like it because the article is very unique and easy to understand

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC