Followers

Tuesday 24 May 2011

むかで太鼓 (Mukade Taiko)

22 May - YASU

Sebuah kelas tentang drum tradisional Jpon telah dijalankan bertempat di Pusat Komuniti Yasu bermula jam 1330.. Perlu jalan kaki selama 10 minit daripada 野洲駅 (Yasu station) untuk tiba di destinasi.. Ramai juga orang asing yang hadir dalam aktiviti kali ini, semestinya paling ramai peserta daripada Malaysia~ Kelas belajar drum ini dikendalikan oleh 近江「むかで太鼓」保存会メンバー (Oumi Mukade Daiko Preservation Association) dan setiap seorang dikenakan caj sebanyak 500円.. 


Pada awalnya kami dipersembahkan dengan upacara pembukaan ketukan drum selama hampir 10 minit (boleh dilihat menerusi video di atas).. Uniknya apabila diperkenalkan dengan 内輪太鼓 (Fan Drum), suatu alat muzik tradisional yang dikaitkan dengan agama Buddha.. Mengikut sejarah, muzik drum ini tiada 楽譜 (Sheet music); ia diajar secara turun-temurun menerusi mulut.. Mereka akan cuba memahami rentak secara sendiri dan ikut menggunakan hati..  


Pada awalnya kami diberikan masa untuk membiasakan diri mengetuk drum yang ada.. Memandangkan bilangan pengunjung yang ramai, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil terlebih dahulu.. Oleh kerana masa yang diperuntukkan hanya sehingga jam 1530, kami hanya diajar beberapa rentak untuk bermain 内輪太鼓 yang mana memiliki 2 rentak.. Rentak tidak terlalu sukar, jadi berjaya menghasilkan gabungan 2 rentak dengan jayanya.. Upacara penutup ketukan drum turut dipersembahkan sekitar jam 1530~ 


p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC