Followers

Saturday 21 May 2011

Perempuan Berkalung Sorban

Cerita yang mendapat kritikan hebat, Perempuan Berkalung Sorban ini dilancarkan pada tahun 2008 dan merupakan cerita yang diolah daripada novel.. Berlatar-belakang tentang gaya hidup masyarakat Jawa timur di pesantren, seorang anak gadis kepada kiyai berasa tidak puas hati apabila isu perempuan kian diperlekehkan oleh kaum lelaki di situ.. Nasib gadis tersebut kian teruji apabila dia dikahwinkan secara paksa dengan seorang lelaki anak kepada kiyai kampung lain bagi menyatukan dua pesantren.. Malang tidak berbau, apabila lelaki tersebut melayan dia dengan teruk malah sanggup memadukan dia tanpa kerelaan.. Gadis tersebut meminta cerai tetapi dihalang oleh keluarga sendiri.. 


Stress dengan apa yang berlaku pada diri membuatkan si gadis mula bertindak di luar jangkaan; menyalahkan Tuhan kerana tidak berlaku adil terhadapnya.. Sekali lagi cabaran menimpa dia apabila di tuduh berzina oleh suami sendiri dan pada masa yang sama, ayah dia pula meninggal dunia.. Ironinya mereka dididik dari kecil supaya menjauhi hiburan; bayangkan apabila sudah dewasa, rakan karibnya tiba-tiba boleh seronok bergelumang dalam lembah pelacuran? Kaum wanita digambarkan seolah-olah mereka hanya perlu berada dibelakang lelaki dalam segala hal dan para "ustaz" di situ menggunakan ayat Al-Quran dalam menegakkan segala hal.. Anda boleh download movie nih menerusi link ataupun terus layan melalui youtube~ ENJOY!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC