Followers

Sunday 15 May 2011

Proses Mencari Pekerjaan di Jepun

"Luck is what happens when preparation meets opportunity" 

就職活動 (Job hunting) di Jpon bermula setahun lebih awal sebelum 卒業 (Graduation) berbanding di Malaysia.. Ini adalah kerana majoriti syarikat di Jpon melaksanakan sistem 社員教育 (Employee training) secara seragam iaitu pada awal April; 卒業式 (Graduation day) di Jpon pula sering dijalankan dalam bulan Mac.. 就職活動 juga boleh dibahagi kepada 2 aliran iaitu 理系 (Science stream) dan 文系 (Social science stream) mengikut aliran yang dipilih calon tersebut.. Tidak semestinya seorang pelajar aliran 理系 perlu memilih pekerjaan khusus dalam bidang 理系 sahaja; sebab itu sudah dibahagi siap-siap langkah mencari pekerjaan bagi seseorang calon.. Seminar mengenai 就職活動 juga biasanya sudah dijalankan sejak tahun ke-3 university lagi..


選考プロセス (Selection process)
Carta di atas menujukkan proses pemilihan seseorang calon bermula daripada menghantar エントリ (Entry) sehingga kepada 内定 (Informal decision).. Masa menghantar エントリ berbeza mengikut syarikat; jadi elok kenal-pasti lebih awal syarikat yang kita berminat untuk masuk dan rujuk laman web syarikat itu mengenai 就活情報 (Job hunting information).. Bagi 留学生 (Foreign students), langkah paling selamat untuk mengenali syarikat Jpon ialah dengan menghadiri 合同企業説明会 (Job Fair) kerana daripada situ, booth syarikat yang kita singgah akan menerangkan lebih jelas tentang 選考プロセス~ Cara menghantar エントリ juga berbeza mengikut syarikat, ada yang minta hantar terus melalui laman web syarikat, dan ada juga yang menggunakan perkhidmatan MyNavi dan RikuNavi~      

Biasanya kalau pakai 推薦, leh skip 一次選考 (First selection)

応募方法 (Method of application)
Terdapat 2 kaedah bagi memohon kemasukan ke sesuatu syarikat; 自由応募 (Free application) dan 推薦応募 (Recommended application).. Istimewa buat pelajar aliran 理系 kerana 推薦応募 khusus untuk mereka dan kebiasaannya jenis pekerjaan juga 技術職 (Technical job).. Tidak semua syarikat yang "mengiktiraf" penggunaan 推薦 (Recommendation) tersebut~ Malah syarikat itu sendiri yang menetapkan tempat 推薦 bagi sesebuah universiti; lagi tinggi status universiti tu, lagi banyak tawaran 推薦 daripada syarikat.. Kalau ada universiti yang tidak ditawarkan 推薦 oleh syarikat, paham-paham je la status universiti tuh macam mane yer ;p Ini juga merupakan antara sebab utama pelajar di Jpon berlumba-lumba untuk masuk ke universiti terbilang memandangkan ada juga syarikat yang hanya menerima calon yang menggunakan 推薦 -_-"  


推薦 (Recommendation)
推薦 boleh dibahagi kepada 2 iaitu 学校推薦 (School recommendation) dan 教授推薦 (Professor's recommendation).. Calon perlu bersaing bagi mendapat 学校推薦 sekiranya tawaran syarikat itu sedikit tapi bilangan yang memohon tinggi.. Biasanya pihak universiti yang akan memilih calon yang layak menerima 学校推薦 menerusi penilaian akademik calon dan juga 面接 (Interview).. Setiap calon hanya boleh memiliki 1 sahaja 学校推薦 pada satu masa jadi kene pastikan syarikat yang kita guna 学校推薦 itu 第一志望 (First choice).. Berbeza dengan 学校推薦 yang agak strict sebab kena isi borang apa semua, 教授推薦 hanya perlu cop dan sedikit kata-kata sokongan daripada supervisor ;) Contoh surat 教授推薦 boleh didapati melalui sini= Tak semestinya ada 推薦 maka kebarangkalian mendapat 内定 lebih 90% yer~ (link)


Kesimpulan
Harus diingat, sekiranya menggunakan 推薦, calon tidak dibenarkan menarik diri sekiranya mendapat 内定 daripada syarikat sebab 推薦 itu disediakan hasil MoU antara universiti dan syarikat.. Sekiranya pelajar menarik diri, maka kemungkinan besar kesannya akan kena pada junior pada tahun akan datang seperti tawaran 推薦 berkurangan dsb.. Malah nama anda juga akan menjadi bahan cacian junior (笑) 就職活動 di Jpon sememangnya menarik kerana kita dapat merasai pengalaman betapa susahnya mencari kerja bersama dengan member lab disamping menambah kenalan baru terutamanya 留学生 lain.. Jika gagal mendapat pekerjaan di Jpon, yakinlah bahawa Tuhan tidak akan menutup suatu pintu melainkan Dia sudah membuka pintu yang baru untuk kita (need citations).. Akhir kata, semoga berjaya! 

11 comments:

  1. thank you for sharing of some of the articles we read this one article is very interesting for us, i like it and very helpful to me

    ReplyDelete
  2. Saya merupkan HR Manager Syarikat Jepun di Malaysia. Syarikat kami merupakan no 1 courier service di Jepun. Sila hubungi saya untuk peluang pekerjaan utk mereka yg telah tamat belajar dan sedang mencari kerja. email saya rizal@yamato.com.my

    ReplyDelete
  3. Saya ada kelulusan ijazah sarjana muda pengurusan pembinaan.Saya berminat untuk mencari pengalaman kerja dijepun.Macam mana cara saya untuk cari kerja dalam bidang tersebut?.mohon bantuan saudara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru grad ke bro?
      Kalau ada pengalaman baru senang sket kot nak goreng..
      Rezeki ada di mana2 insyaAllah..
      Kalau nak apply keje kt Jpon, boleh try email recruit agent kat Malaysia yg HQ depa kat Jpon cam
      1) DODA
      2) PASONA
      3) JAC Recruitment

      aku xde pengalaman lagi bab cari kerja oversea..
      tapi dgr citer member2 yang based dari Malaysia, depa mmg contact sendiri atau ikut job fair mana2 yg kebetulan ada recruit agent yg nak cari org dll..

      all the best bro

      Delete
    2. Salam...
      Saya nak apply keje kat jepun

      Delete
  4. Salam sejahtera, saya pelajar jurusan sains sosial, anthropology and sociology, telah tamat belajar hujung tahun lepas,adakah terdapat peluang pekerjaan untuk saya di Jepun? Saya sangat berminat untuk tinggal dan bekerja di Jepun

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera, saya pelajar jurusan sains sosial, anthropology and sociology, telah tamat belajar hujung tahun lepas,adakah terdapat peluang pekerjaan untuk saya di Jepun? Saya sangat berminat untuk tinggal dan bekerja di Jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm.. senang citer kalau xde job experience macam susah sket bro.. Lagi satu, kalau ada rezeki try la usha mana2 job expo sbb kadang2 ada je Global Recruit dari company Jpon yg mmg cari calon ntk ditempatkan kat Jpon.. All the best!

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC