Followers

Sunday 29 May 2011

TA Japanese Class

27 May - RITS


Sejak menyambung pengajian ke peringkat Masters, penggunaan 英語 (English) dalam kehidupan seharian meningkat secara mendadak.. Antara sebabnya ialah ak memilih untuk menulis thesis dalam 英語 termasuk memberikan 発表 (Presentation) dalam ゼミ (Seminar) juga didalam 英語.. Entah kenapa ak mula merasakan 日本語力 (Japanese proficiency) ak semakin menurun sebab kali terakhir masuk kelas 日本語 ialah pada awal tahun 2008.. Ada disediakan kelas 日本語 bagi pelajar asing secara percuma tapi ak lebih berminat untuk menjadi TA dalam kelas sebegitu; 一石二鳥 (Killing two birds with one stone) sebab dapat ilmu, dalam masa yang sama dapat duit gaji ;)

Kebetulan ternampak buletin yang mencari pelajar yang ingin menjadi TA untuk subjek 日本語 di kampus jadi dengan cepat ak memohon.. Alhamdulillah, daripada 5 kelas yang ak pohon, hanya 2 yang diterima dan kedua-dua kelas tersebut jatuh pada hari jumaat dan guru yang sama.. Untuk hari pertama, ak dikehendaki memberikan 発表 tentang 研究 (Research) terkini sebagai model untuk menerangkan kepada pelajar tahun pertama degree di kelas tersebut bagaimana 発表 dijalankan.. Rasa agak kekok untuk memberikan 発表 dalam 日本語 memandangkan selama ini segala-galanya dalam 英語.. Payah sungguh untuk memudahkan orang lain memahami 研究 ak buat lebih-lebih lagi bila disuruh terangkan dalam 日本語..

Kekerapan menghantar email kepada 先生 (Lecturer) tentang text 発表 tersebut, 先生 meminta ak berjumpa terus dengan dia sehari sebelum kelas.. Kebetulan 先生 tersebut merupakan bekas pengajar program JAD HELP2 jadi banyak perkara yang kami bualkan setelah selesai isu 発表.. Majoriti pelajar tahun 1 pada kelas pada belah pagi merupakan pelajar 経営 (Business) manakala kesemua pelajar pada belah petang ialah 理工 (Engineering) tapi langsung tiada pelajar 電気 (Electric) menyebabkan 発表 ak begitu sukar untuk difahami -_-" Walaupun mereka pelajar tahun 1, rata-rata daripada mereka sudah belajar 日本語 beberapa tahun sebelum tiba di Jpon lagi! Konon nya 留学生 wajib memasuki 日本語学校 (Japanese school) sebagai syarat untuk memasuki universiti di Jpon~  

p/s Teringat suasana di JAD sewaktu mempelajari 日本語 sepanjang berada di dalam kelas nih..     

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC