Followers

Tuesday 21 June 2011

Coldplay

Band yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Coldplay merupakan sebuah band bergenre rock alternative yang ditubuhkan pada tahun 1996 oleh vokalis Chris Martin dan gitaris Jonny Buckland di Kolej Universiti London.. Pada awalnya, mereka menggelarkan diri mereka sebagai "Pectoralz"; pada tahun berikutnya diubah lagi kepada "Starfish" setelah kemasukan Guy Berryman (Bassist) dan Will Champion (Drummer)~ Nama "Coldplay" ditetapkan pada pada tahun yang berikutnya setelah dicadangkan oleh salah seorang teman rapat mereka.. Sumber inspirasi Coldplay ialah band U2 dan R.E.M. 


Coldplay melancarkan album debut mereka berjudul "Parachutes" pada tahun 2000 dengan mempertaruhkan single pertama, "Shiver"~ Namun, single "Yellow" yang berjaya menaikkan nama Coldplay di UK apabila ia termasuk dalam top 5 UK Singles Chart buat pertama kali~ Kemahsyuran singkat yang dicapai membuatkan Coldplay meluaskan pengaruh ke US yang akhirnya menyaksikan album "Parachutes" berjaya menerima anugerah dalam 2002 Grammy Awards.. Coldplay melancarkan album ke-2 berjudul "A Rush of Blood to the Head" pada tahun 2002 dengan mempertaruhkan single "In My Place"= Album ini juga menyaksikan Coldplay memenangi anugerah dalam 2003 Grammy Awards..


Setelah berehat buat seketika, Coldplay melancarkan pula album ke-3 berjudul "X&Y" pada tahun 2005 dengan mempertaruhkan single "Speed of Sound"~ Dikatakan album ini begitu laris pada tahun tersebut sehingga terjual melebihi 8.3 juta unit seluruh dunia.. Album ke-4 Coldplay yang berjudul "Viva la Vida or Death and All His Friends" pula dilancarkan pada tahun 2008 dengan menyaksikan single "Viva la Vida" yang bermaksud "long live the life" mendapat tempat no.1 dalam carta Billboard UK dan US buat pertama kali dalam sejarah penubuhan Coldplay.. Single ini juga mendapat anugerah "Song of the year" dalam 2009 Grammy Awards dan juga anugerah-anugerah yang sewaktu dengannya..    


Kini, Coldplay sedang dalam proses untuk melancarkan album terbaru mereka yang bakal dilancarkan pada musim panas~ Single "Every Teardrop Is a Waterfall" telah dipertaruhkan dan boleh didengari melalui sini~ Bagi penulis, Chris Martin boleh dikatakan penulis lirik terbaik alaf ini kerana kesusasteraan lirik yang beliau hasilkan benar-benar menyentuh jiwa pendengar (笑).. Dalam banyak-banyak lagu Coldplay, penulis paling menyukai "Viva la Vida" meskipun ada sedikit kontroversi yang mengatakan Coldplay meniru single "If I Could Fly" oleh Joe Satriani (link) namun kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah.. Muzik "Viva la Vida" begitu kena dengan lirik membuatkan sesiapa yang mendengarnya akan akur dengan kekuatan lagu ini~ ENJOY!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC