Followers

Wednesday 1 June 2011

Islam & Japanese

Jarang sungguh untuk melihat sebuah rancangan TV yang membincangkan mengenai Islam namun penulis begitu mengharapkan rancangan sebegini lebih kerap diadakan.. Video dibawah merupakan sebuah rancangan lama yang tidak diketahui bila ia dilancarkan; paling terkejut apabila pengulas lelaki mengaku dia seorang muslim tapi tidak mengamalkan ajaran Islam secara sepenuhnya.. 4 ahli panel yang dipanggil juga bukan calang-calang orangnya; Abdul Rahman Siddiqi ialah pengarah Islamic Center, Japan, Yude Kahn Yusufzai pula memegang jawatan di Syarikat Arab News, Prof. Katakura Matoko dan Prof. Nakamura Shoujiro pula mempunyai pengalaman duduk bersama masayrakat Arab (Prof. Nakamura sendiri merupakan seorang muslim!)


Turut hadir sama dalam memeriahkan perbincangan ialah seramai 30 orang muslim yang menetap di Jpon malah ada dikalangan mereka yang sudah berkahwin dengan rakyat Jpon.. Pada awalnya, sebuah video ditayangkan tentang penerangan Islam dan bagaimana masyarkat Islam di Jpon menjalankan ibadah seperti solat dan puasa di bulan Ramadhan.. Ada juga diselitkan ucapan beberapa orang Jpon yang menganut Islam tentang agama yang mereka anuti.. Di awal perbincangan, Islam itu digambarkan begitu indah sekali sehingga pengulas wanita itu menanyakan kenapa agama itu tidak dapat menarik lebih ramai orang Jpon? Ada yang mengatakan Jpon pada ketika itu mengamalkan 鎖国 (Seclusion) dan ada juga yang mengatakan masalah bahasa.. Bagi penulis, jawapan yang diberi oleh Prof. Nakamura begitu menarik~

Masyarkat Jpon kali pertama mengenali agama Islam lebih 100 tahun yang lalu setelah pemerintahan Meiji.. Namun ketika itu masyarakat Jpon ke arah 富国強兵 (Fukoku Kyohei) dan fokus mereka lebih ke arah barat (Eropah) = 脱亜入欧 (Datsu a nyuo) iaitu meninggalkan Asia dan menuju ke barat untuk mencedok seberapa banyak budaya mereka.. Pada ketika itu, masyarakat memandang Islam itu sebagai agama Asia jadi gagal menarik perhatian mereka..    

Perbincangan diteruskan dengan menunjukkan video tentang kehidupan sebuah keluarga yang mana isteri merupakan rakyat Jpon yang menganut Islam.. Bagaimana mereka begitu berhati-hati dalam memilih makanan dan minuman dan juga isu pendidikan untuk anak mereka.. Ditunjukkan juga mengenai kehidupan seorang muslimah Jpon yang bekerja di sebuah syarikat yang memahami keperluannya untuk solat dalam waktu bekerja~ Sepanjang rancangan, beberapa soalan telah diutarakan terhadap 30 muslim yang hadir dan kebanyakannya lebih berkisar tentang kehidupan mereka di Jpon dan masalah-masalah yang mereka hadapi dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.. Status wanita di dalam Islam turut sama diperbincangkan dengan teliti sambil meminta pandangan muslimah Jpon.. 

 Berikut merupakan hasil アンケート (survey) yang dibincangkan dalam rancangan ini:

Dissatisfaction towards Japan
  1. There is no place to pray in the neighborhood
  2. Can't pray during work hour
  3. Eating lifestyle 

Why does Islam be misunderstood?
  1. Language barrier
  2. Mass media report
  3. Lack of knowledge

How to resolve the misunderstanding?
  1. Correct mass media report
  2. Japanese people should learn more about Islam
  3. Muslim should spread it correctly

What is your impression towards Japanese?
  1. Lack of religious spirit
  2. Mammonism
  3. Strong intention towards the West
  4. Exclusive
  5. No free time
 
Jujur dikatakan rancangan begini memang menarik memandangkan ketika rancangan ini disiarkan, penduduk Islam di Jpon sudah mencecah angka 100,000 penganut.. Islam bukan hanya luaran yakni pemakaian tudung, tidak minum arak dan tidak makan babi, tapi banyak lagi yang belum dikupas oleh kebanyakan muslim itu sendiri termasuk penulis.. Bagi mereka yang memahami 日本語 (Japanese), bolehlah menonton sendiri video ikhsan daripada IPIJ Teknologi:-



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC