Followers

Wednesday 15 June 2011

Khan Academy


Khan Academy (KA) merupakan sebuah organisasi pendidikan amal yang bermula pada tahun 2006 oleh Salman Khan.. Misi KA adalah untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi untuk semua dan di mana-mana dengan menggunakan platform YouTube; Sehingga kini, beliau telah menghasilkan lebih 2200 video yang meliputi pelbagai bidang termasuk matematik, sains, biologi, kimia, sejarah dsb sedangkan beliau bukan seorang guru atau graduan dari sekolah pendidikan.. Populariti video yang dihasilkan membuatkan beliau berhenti kerja dalam bidang ekonomi pada tahun 2009 dan memfokuskan ke arah akademik.. Organisasi ini menerima pelbagai sumbangan daripada Google, Bill & Melinda Gates Foundation dsb.. 


Salman Khan
Salman Khan telah dilahir dan dibesarkan di US; ayah beliau berasal daripada Bangladesh manakala ibu beliau pula berasal daripada India.. Beliau mempunyai 3 sarjana muda daripada MIT dalam bidang matematik, kejuruteraan elektrik dan sains komputer, serta ijazah sarjana dalam bidang kejuruteraan elektrik dan sains komputer.. Beliau juga memiliki MBA daripada Harvard Business School.. Segala-galanya bermula apabila sepupu beliau kerap meminta tolong menerangkan sesuatu mengenai matematik; asalnya beliau membuat video secara sengaja sebagai sokongan namun sepupu beliau secara jujur menyukai video yang beliau hasilkan melebihi dari cara beliau mengajar secara terus (笑)

With so little effort on my own part, I can empower an unlimited amount of people for all time. I can't imagine a better use of my time 
- Salman Khan


Visi
Meskipun kesemua video dihasilkan oleh Salman Khan, KA mempunyai kumpulan yang bertanggungjawab membuat software dsb.. Menariknya ialah beberapa guru turut menggunakan video tersebut ketika mengajar murid di dalam kelas.. Malah ada guru yang menyuruh pelajar sendiri menonton video di rumah; di kelas mereka akan membincangkan kerja rumah bersama guru sambil berinteraksi antara pelajar lain.. Idea ini sememangnya menarik kerana secara tidak langsung, masa yang diluangkan guru bersama pelajar akan bertambah.. Software KA juga membolehkan guru menganalisa kemampuan seseorang pelajar menerusi soalan-soalan yang dijawab, video yang ditonton dsb.. Kita boleh faham mengapa Bill Gates sendiri mengatakan bahawa "Kita boleh melihat masa depan pendidikan menerusi kaedah ini~


p/s Bagi mengetahui lebih pasal KA, para pembaca dijemput menonton video dibawah.. ENJOY




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC