Followers

Thursday 30 June 2011

Valley of the Wolves

Siri "Valley of the Wolves" merupakan sebuah siri popular daripada Turki yang dicipta oleh Osman Sinav; VOTW atau dalam bahasa Turki, "Kurtlar Vadisi" mengisahkan tentang seorang agen Turki yang bernama Polat Alemdar  dan 2 orang rakannya yang mempunyai latar belakang askar terlatih; di dalam cerita bersiri, mereka ditugaskan untuk memerangi kumpulan mafia di Turki~ Cerita bersiri ini mula ditayangkan sejak tahun 2003~2005 dan mempunyai 98 episod.. Entri kali ini ingin mengupas 2 buah filem yang agak kontroversi tentang VOTW~


Iraq (2006)
Filem yang penuh dengan kontroversi ini menyaksikan Polat dan 2 orang rakannya berada di Iraq bagi membalas dendam kematian seorang kenalan dia yang membunuh diri akibat tindakan seorang komander di Iraq~ Apa yang membuatkan filem ini begitu mengangkat kening orang ramai ialah terdapat babak yang mengulang tayang layanan kontroversi tentera US di penjara Abu Ghraib, pembunuhan ke atas kanak-kanak dan kekejaman ke atas wanita, penjualan organ secara haram oleh doktor yang bertugas, dan isu "suicide bomber" di Iraq.. Filem ini boleh ditonton secara percuma melalui sini~ Video dibawah pula menunjukkan babak yang menjelaskan pandangan Islam mengenai "Suicide Bomber"..



Palestine (2011)
Misi kali ini menyaksikan kumpulan Polat berada di Palestine bagi membalas dendam ke atas orang yang bertanggungjawab dalam serbuan Gaza flotilla.. Di katakan kos produksi filem ini merupakan antara yang termahal dalam sejarah perfileman Turki dan lokasi pengambaran adalah di Turki; jika di lihat di dalam filem, penonton boleh tertipu seolah-olah melihat keadaan di Palestine! Antara mesej kontroversi yang ditunjukkan dalam filem ini ialah isu pembunuhan secara membuta-tuli oleh askar yahudi ke atas rakyat Palestin, tanggapan serong yahudi terhadap masyarakat Palestin, dan penjualan senjata terlarang ke negara luar.. Filem ini juga boleh ditonton secara percuma melalui sini~ Video dibawah menunjukkan trailer filem ini =)


感想 (View)
Penamat dalam setiap cerita akan menunjukkan Polat berjaya menyelesaikan misinya iaitu membunuh mastermind.. Kita sering melihat filem barat yang menceritakan tentang Islam yang terlalu bias, jadi bila lihat filem yang menceritakan tentang perjuangan Islam seperti VOTW, sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati yang lara (笑) VOTW juga merupakan satu "agenda" Turki dalam mengetengahkan ajaran "Sufi" mereka kerana sentiasa ada babak "zikir" yang agak aneh dikalangan masyarakat Malaysia.. (Rujuk entry TAKVA)~ Bagi penulis, kedua buah filem ini memang wajar ditonton oleh semua penggemar filem khususnya Muslim disamping melihat filem "Rambo" versi Islam (笑) 

p/s VOTW dihasilkan bagi menerangkan tentang Islam kepada dunia ;)  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC