Followers

Thursday 21 July 2011

Nadeshiko Japan

Skuad bola sepak wanita Jpon mencipta kejutan baru-baru ini dengan memenangi kejohanan Women's World Cup (WWC) 2011 yang dilangsungkan di Jerman sejak 26 Jun yang lepas.. Kemenangan Jpon ke atas Juara 2 kali, USA benar-benar membuka mata dunia kerana sejak WWC dilancarkan buat pertama kali pada tahun 1991, ini merupakan kali pertama Jpon berjaya maju ke saingan kumpulan WWC malah untuk berpeluang beaksi di final juga sudah merupakan suatu keajaiban.. Jpon juga mencatat sejarah sebagai negara Asia pertama memenangi piala WWC~


Nadeshiko Japan
Sejarah pasukan bola sepak perempuan Jpon boleh dikatakan bermula sekitar tahun 70~80an yang mana pada ketika itu, populariti sukan tersebut membolehkan ia menarik minat bukan sahaja dikalangan lelaki, malah liga perempuan turut wujud pada ketika itu.. Krisis melanda skuad bola sepak perempuan Jpon apabila gagal memenangi pelbagai kojahanan yang mereka turut-serta membuatkan sukan tersebut hilang populariti.. Beberapa pasukan dalam liga perempuan turut mengundur diri akibat daripada krisis tersebut..


Sukan ini mula mendapat tarikan media pada sekitar tahun 2004 ketika Jpon sedang bertanding untuk Olimpik Musim Panas.. Meskipun masih gagal mencapai kemenangan yang diharapkan di awal kejohanan, pengurus pasukan pada ketika itu sedikit-sebanyak berjaya membina integiriti pasukan sehingga berjaya membawa pasukan ke pusingan suku akhir.. Nama "Nadeshiko Japan" telah dipilih daripada 2700 entri dalam suatu pertandingan memilih nama timangan untuk pasukan bola sepak Jpon.. 

Bunga teluki

Nadeshiko merupakan nama bunga teluki (Dianthus); ia dipilih menerusi frasa 大和撫子(Yamato Nadeshiko) yang membawa maksud "Ideal Japanese Woman"~ Pelbagai strategi yang dicadangkan oleh JFA (Japan Football Association) bagi menambah-baik mutu permainan pasukan; antaranya dengan menghantar beberapa pemain untuk bermain di liga luar negara..  Ternyata strategi JFA berhasil apabila mutu permainan Nadeshiko Japan melonjak naik sejak tahun 2000 dengan memenangi pelbagai pingat gangsa dan perak dalam kejohanan Asian Games, AFC Women's Asian Cup dsb..


WWC 2011
Ranking FIFA bagi skuad Nadeshiko Japan pada tahun 2003 ialah 14, namun kemenangan baru-baru ini menyaksikan mereka berada di tangga ke 4! Tabik spring buat kapten pasukan, Homare Sawa yang berjaya terpilih sebagai MVP untuk kejohanan WWC 2011; ini merupakan kali ke-5 WWC yang Homare turut-serta dan mungkin yang terakhir buat beliau, siapa sangka dia boleh berjaya mengemudi pasukan sehingga berjaya membawa pulang piala dunia! Kejayaan skuad wanita sedikit-sebanyak dapat membakar semangat skuad lelaki untuk cuba mencabar suatu yang mustahil~ 

p/s Final WWC'11 merupakan kali pertama ak tengok bola sepak wanita dari mula sampai penamat.. Persepsi ak tentang wanita tidak reti main bola berubah 180° apabila melihat mutu permainan yang ditunjukkan oleh Nadeshiko Japan dan skuad USA..    

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC