Followers

Thursday 7 July 2011

Sleeper Cell

Sleeper Cell merupakan sebuah drama penuh kontroversi yang mengisahkan tentang seorang anggota FBI  beragama Islam bernama Darwyn Al-Sayeed yang bertindak sebagai undercover agent dalam operasi membanteras pengganas di US.. Setelah tragedi 9/11, ini merupakan kali pertama seorang muslim di angkat sebagai "hero" di rangkaian tv US~ Drama ini mempunyai 2 musim dan mula ditayangkan pada hujung tahun 2005 (musim 1) dan hujung tahun 2006 (musim 2)..  Waktu tayangan drama ini juga agak unik kerana ditayangkan secara berturut-turut dalam seminggu (musim 2); biasanya seminggu sekali ;) 


Musim 1 (10 episod)
Cerita bermula dengan Darwyn yang baru sahaja keluar dari penjara berjumpa dengan Faris al-Farik, yang merupakan ketua kumpulan pengganas yang merancang untuk melakukan serangan di Los Angeles.. Menariknya ialah latar belakang Faris yang menyamar sebagai orang yahudi sepanjang cerita; kumpulan tersebut terdiri daripada 5 orang yang mana 3 daripada mereka penganut baru.. Drama ini cuba memaparkan betapa sesatnya pemikiran para pengganas ini yang sememangnya lari daripada ajaran Islam sebenar dan dalam masa yang sama, turut memaparkan beberapa potong ayat Quran dan hadis di dalam cerita.. 


Darwyn digambarkan sebagai seorang yang dilahirkan Islam di mana ayahnya merupakan pengikut Nation of Islam manakala ibunya pula mengikut ajaran Sunni.. Kumpulan pengganas ini cuba menggunakan anthrax bagi membunuh seberapa ramai orang US malah sanggup membunuh diri sendiri kerana percaya akan "mati syahid" (-_-)" Ak paling minat episod ke-4 yang menunjukkan usaha seorang pendakwah terkenal yang cuba membetulkan pemikiran "pengganas" dengan mengajar erti sebenar "Jihad".. Video dibawah menunjukkan sedikit sedutan daripada episod tersebut~


Musim 2 (8 episod)
Kendatipun berjaya menggagalkan usaha Faris untuk melakukan serangan besar-besaran di Los Angeles, misi Darwyn bermula kembali dalam usaha menjejak dalang utama Al-Qaeda~ Jalan cerita semakin menarik apabila Faris yang ditahan dan diseksa di Arab Saudi telah berjaya diselamatkan oleh kumpulan pengganas~ Malah Darwyn sendiri dipilih untuk menjadi ketua kumpulan baru di Los Angeles; kontroversi apabila menampilkan watak seorang gay muslim (笑) dan seorang wanita di dalam kumpulan tersebut.. Plan serangan kali ini pula ialah menggunakan senjata nuklear yang dibekalkan oleh pengganas di Pakistan.. 


感想 (View)
Drama ini mempunyai agenda tersendiri dalam meyakinkan masyarakat US bahawa Al-Qaeda memang dalang sebenar dalam tragedi 9/11.. Meskipun mempunyai objektif yang agak mulia iaitu membetulkan perspektif negatif tentang Islam, jalan cerita agak lawak apabila menunjukkan beberapa ahli kumpulan termasuk Darwyn sendiri yang mengadakan persetubuhan di luar perkahwinan.. Pihak pengganas digambarkan mempunyai sumber kewangan hasil daripada penjualan dadah, senjata dan pelacuran (-_-)" malah rangkaian pengganas turut berada di Mexico, Indonesia, Yemen, Arab Saudi dsb.. Agak kecewa dengan episod terakhir musim 2 yang agak tergantung.. 


p/s Jalan cerita drama ini lebih kurang sama seperti filem "Traitor"    

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC