Followers

Wednesday 6 July 2011

TISA Summer Festival

3 July - TAMBA

Setiap musim, TISA (Tutors for International Students Assembly) akan mengadakan event yang menggabungkan 2 kampus RITS bagi melakkukan aktiviti besar-besaran.. Aktiviti musim panas kali ini yang bertemakan sukan telah berjaya mengumpulkan lebih 40 orang pelajar; sayang tidak ramai 留学生 (Foreign students) dapat hadir kerana majoriti mereka perlu menghadapi ujian 日本語 (Japanese) pada hari tersebut.. Setiap peserta dikehendaki membayar 1000円 dan membawa bekalan makanan sendiri kerana destinasi kali ini adalah di 丹波自然運動公園 (Tamba Nature Sports Park) dan memerlukan bas yang ditempah untuk pergi~ Kami diminta berkumpul di 京都駅 (Kyoto Station) pada jam 0930 sebelum bertolak menuju ke destinasi yang mengambil masa hampir 1 jam perjalanan..



Kami bebas untuk melakukan aktiviti sendiri sehingga tengahari manakala pada belah petang, permainan dodge ball dan 大縄 (Big rope) telah dimainkan.. Berpecah kepada 4 kumpulan, "Dodge Ball" memang seronok tapi agak bahaya daripada pandangan ak lebih-lebih lagi apabila melibatkan perempuan (笑) Borak sakan dengan salah seorang peserta yang akan berangkat ke Kuching pada hujung Ogos tahun ini atas tujuan ボランティア活動 (Volunteer activity) bersama NGO bagi mendirikan rumah untuk orang miskin di situ~ Selesai bersukan, aiskrim disediakan untuk semua peserta \(^o^)/ Rakus sungguh makan aiskrim sehingga terlupa perut hanya diisi dengan roti sahaja sejak pagi menyebabkan perut masuk angin (-_-") Aktiviti bersurai sekitar jam 1700~ 



p/s Pelik sebab Jpon sendiri memerlukan orang untuk membantu di kawasan bencana tsunami tapi mamat ni sanggup pergi ke luar negara bagi aktiviti yang sama ;)  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC