Followers

Saturday 2 July 2011

Unwelcome

Dokumentari "Unwelcome: The Muslims Next Door" keluaran CNN membawa penonton ke Murfreesboro, Tenn., sebuah bandar yang mempunyai bilangan penduduk sekitar 104 ribu orang.. Soledad O'Brien, hos dokumentari ini mengetengahkan isu pembinaan sebuah masjid oleh 250 keluarga yang dilaporkan sudah menetap di bandar tersebut melebihi 30 tahun.. Bandar tersebut memiliki berpuluh-puluh gereja dan surau yang mereka gunakan kini tidak dapat menampung bilangan pengunjung yang hadir~ Muslim di situ percaya undang-undang di US membenarkan sesiapa pun bebas mengamalkan agama dan kebenaran untuk membina masjid telah pun diluluskan oleh pihak pentadbiran.. 


Namun, masalah timbul apabila penduduk mula berhimpun untuk meluahkan rasa kurang senang mereka terhadap pembinaan masjid tersebut.. Pelbagai jenis perbicaraan telah dijalankan dalam usaha memprotes pembinaan masjid tersebut meskipun terdapat juga perhimpunan yang menyokong~ Kata-kata sahaja tidak dapat membendung perasaan masyarakat sehingga ada yang sanggup melanggar undang-undang dengan melakukan vandalisme dengan perbuatan membakar bulldozer dan menconteng papan tanda di lokasi pembinaan.. Imam yang ditemu-ramah turut menunjukkan peti simpanan suara beliau yang mengandungi mesej daripada orang yang tidak dikenali meninggalkan mesej penuh caci-maki dan menghina Nabi SAW..


Bukan itu sahaja, ada juga pihak yang membuat tuntutan mahakamah dalam proses menangguhkan pembinaan masjid tersebut.. Di sinilah timbul dialog yang mempertikaikan adakah Islam itu sendiri boleh dianggap sebagai agama atau tidak -_-" Dokumentari ini telah menemubual beberapa orang yang terlibat dalam aktiviti memprotes pembinaan masjid dan pandangan yang mereka berikan secara jujur tiada asas langsung! Mujur mahkamah memberikan kata putus membenarkan projek pembinaan diteruskan namun mereka yang memprotes enggan menyerah kalah dan kini difahamkan mereka sedang berunding untuk membuat tuntutan di mahkamah agung.. Selain keluarga imam, dokumentari ini juga menemu-bual sebuah keluarga yang mana anak perempuannya turut giat dalam mempertahankan pembinaan masjid.. 

p/s Malaysia kecoh dengan pembinaan gereja terbesar di Asia Tenggara baru-baru ini.. Adakah reaksi penduduk Islam di Malaysia juga akan sama seperti yang ditunjukkan dalam dokumentari ini? 

  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC