Followers

Sunday 28 August 2011

Badaling Great Wall of China Tour

20 August - BEIJING


Baru sahaja menjejakkan kaki di Beijing pada hari sebelumnya, ak sudah mendaftarkan diri untuk turut-serta dalam perjalanan melawat ke salah satu daripada "7 Wonders of the World" iaitu Great Wall of China (GWC).. Ada beberapa tempat yang terkenal untuk melawat GWC, dan salah satu daripada nya ialah melalui Badaling.. Ak daftarkan tour dan pada mulanya diminta untuk tunggu di depan hotel sekitar jam 0700; namun atas sebab trafik?, tour guide itu hanya tiba di hotel kami sekitar jam 0900 (-_-") Paling tak boleh blah apabila diberitahu kami perlu membayar "tips" sebanyak ¥30 seorang untuk driver dan tour guide walaupun diberitahu awal konon nya pengunjung TIDAK PERLU memberi "tips" di China ;)


Jika melihat pada jadual perjalanan tour tersebut, 2 tempat penting yang perlu kami singgahi ialah GWC dan juga Ming Tombs; mungkin disebabkan kesuntukan masa, Ming Tombs telah dibatalkan (-_-") Di dalam van tersebut, ada 2 pengunjung daripada India, dan seorang pengunjung daripada Belanda.. Tempat pertama singgahan kami ialah Jade Museum.. Konon nya setiap jade memiliki bahan mineral yang berbeza dan unik.. Cara untuk membezakan jade tulen dan tiruan ialah jade tulen tidak meninggalkan bekas apabila digosok sesama sendiri.. Teringin nak angkat satu tapi malangnya kad kredit tidak berfungsi di sana (Later on I found out that the price being sold there were too high; divine intervention) 


Destinasi seterusnya merupakan tempat yang dinanti-nanti iaitu GWC.. Kami diberi masa sebanyak 1 jam 30 minit untuk berjalan sejauh yang mungkin dan kemudian patah balik semula.. Alhamdulillah ak sempat tiba di puncak tertinggi di check point no 13; kagum dengan Supervisor (SS) kerana tidak meneguk air langsung sepanjang mendaki GWC! (Baik puasa je) Sebelum mula mendaki, ak menempah 1 blok kayu ibarat sebagai sijil sudah mendaki GWC pada harga ¥50; perlu tempah awal kerana ia mengambil masa sekitar 40 minit untuk membuat nama.. Destinasi ke-3 pula ialah makan tengahari di sebuah restoran berdekatan yang juga termasuk dalam kos perjalanan tour yang berharga ¥180 seorang..


Destinasi ke-4 ialah Silk Museum; di sini kami ditunjuk bagaimana proses penghasilan sutera itu bermula.. Tahi ulat sutera dikatakan berkhasiat! Lucu apabila tiada seorang pun daripada kami yang berminat untuk membeli kain sutera yang dijual di situ kerana harga yang ditawarkan begitu mahal! Kemudian kami dibawa ke Dr. Tea untuk menjamu pelbagai jenis teh antaranya Jasmine Tea, Puh-Er Tea, dan Oolong Tea.. Puh-Er Tea paling mahal kerana digunakan sebagai ubat.. Kami juga ditunjukkan cara sebenar untuk meminum teh yang agak berbeza mengikut jenis teh.. Semestinya cara memegang cawan teh juga berbeza mengikut jantina peminum.. Ak beli cawan kecil sebagai cenderamata sebelum beredar..


Destinasi seterusnya ialah sesi urut kaki di stadium latihan; ini merupakan aktiviti tambahan bagi menggantikan Ming Tombs agaknya.. Agak sukar berkomunikasi dengan tukang urut yang agak muda tapi kurang mahir berbahasa Inggeris.. Namun, dia sempat mengajar ak sedikit perkataan Cina yang asas seperti nombor, anggota badan dsb.. Destinasi terakhir sebelum pulang ialah melawat Bird Nest Stadium yang terkenal ketika sambutan Olympic di Beijing pada tahun 2008.. Oleh sebab kesuntukan masa, kami hanya sempat bergambar pada jarak yang agak jauh daripada stadium tersebut sebelum dihantar pulang ke hotel.. Ramai sungguh pengunjung yang memenuhi boulevard menuju ke stadium tersebut!


Tour berakhir sekitar waktu Maghrib.. Sewaktu hendak keluar, kami dipanggil oleh tour guide dan driver bagi meminta "tips"~ SS cuba meminta harga yang lebih rendah namun setelah "di maki" oleh tour guide, kami terpaksa akur dengan membayar ¥60 kepada mereka (-_-") Pada malam itu, kami keluar dari hotel untuk misi mencari venue 学会 (Conference) yang bakal bermula pada keesokan harinya.. Daripada hotel, kami berjalan kaki hampir 50 minit dalam masa yang sama ingin mencari tempat makan.. Oleh sebab duit masing-masing agak sempit, kami tiada pilihan lain untuk makan malam dengan membeli snek ringan sahaja di kedai (笑) 

p/s Hari terakhir baru kami tahu ada perkhidmatan shuttle bus di hotel tapi ada waktu nya (-_-") Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC