Followers

Monday 29 August 2011

World Heritage Sites in Beijing Tour

23 August - BEIJING

Kendatipun hari ini merupakan hari terakhir 学会 (Conference), ak memilih untuk turut-serta dalam tour melawat beberapa tempat bersejarah dunia memandangkan ak sudah pun menyelesaikan tujuan sebenar ak tiba di Beijing pada hari sebelumnya.. Supervisor (SS) pula memilih untuk setia kepada 学会 membuatkan tour kali ini hanya disertai ak seorang bersama pengunjung lain.. Perkhidmatan tour ini disediakan oleh pihak 学会; kami akan melawat 3 tempat bersejarah yakni Summer Palace, Forbidden City dan Temple of Heaven pada harga ¥210 seorang.. Bas pelawat tiba di hotel yang ak diami sekitar jam 0800; pagi itu ak berkenalan dengan seorang pemuda Turki yang menuntut di US..


Summer Palace
Destinasi pertama kami ialah Summer Palace yang dimasukkan dalam UNESCO World Heritage List pada tahun 1998~ Terpaksa membayar ¥10 seorang untuk naik bot meredah Tasik Kunming yang merupakan tasik buatan seluas 2.9 km persegi.. Di gelar Summer Palace kerana Maharaja dan Dragon Lady hanya melawat istana ini pada musim panas sahaja.. Selepas turun daripada bot, kami berjalan kaki mengelilingi seluruh kawasan namun atas faktor masa, kami tidak sempat untuk pergi memanjat tangga menuju ke menara tersebut.. Kagum kerana sepanjang laluan ada lukisan seni yang mempunyai cerita disebaliknya termasuklah peristiwa Journey to the West.. Banyak juga batu pelik-pelik di sekitar Summer Palace ;)


Freesky Pearl
Destinasi kedua kami pula melawat kedai menjual mutiara berdekatan dengan Summer Palace.. Konon nya kawasan itu pada awalnya merupakan tempat singgahan Dragon Lady dan tidak terbuka kepada umum.. Menarik kerana kami ditunjukkan bagaimana mutiara boleh didapati daripada kerangnya.. Lagi lama ia tersimpan, lagi besar saiz mutiara tersebut.. Usia mutiara tersebut boleh diketahui melalui corak pada permukaan kerang tersebut.. Cukuplah dengan 2 biji mutiara yang diperolehi secara percuma; tidak mampu hendak beli mutiara di kedai tersebut ;)


Forbidden City
Destinasi kami yang seterusnya ialah Forbidden City yang termasuk dalam World Heritage Site oleh UNESCO pada tahun 1987.. Pembinaannya mengambil masa yang agak panjang (1406~1420) untuk disiapkan.. Sepanjang 500 tahun, ia telah digunakan sebagai tempat pentadbiran dinasti Ming sehingga penghujung dinasti Qing.. Konon nya ia digelar Forbidden City kerana hanya pembesar dan Maharaja sahaja yang layak memasuki kawasan tersebut.. Keluasan Forbidden City memang tidak boleh blah! (7.8 juta kaki persegi) Sempat melawat tempat tidur Maharaja yang begitu luas kemudian dikelilingi rumah gundik Maharaja.. Kerajaan China juga mengeluarkan belanja yang besar untuk membaik-pulih kawasan ini dari semasa ke semasa~


Tiananmen Square
Oleh sebab bas tidak dapat masuk ke Tiananmen Square, kami terpaksa berjalan kaki untuk melihat Tiananmen Square yang dinamakan sempena Tiananmen Gate (Gate of Heavenly Peace)~ Ia jatuh tempat ke-2 sebagai City Square terbesar di dunia selepas Imam Reza Shrine di Iran.. Banyak peristiwa menarik yang berlaku di sini pada masa lampau, namun insiden hitam yang berlaku pada tahun 1989 mungkin masih terpahat dalam ingatan masyarakat dunia; protes pro-demokrasi yang menyaksikan kerajaan China mengisytiharkan darurat (Martial Law) bagi mengekang protes tersebut.. Akibatnya, beratus nyawa tumbang dan China menerima pelbagai kritikan daripada masyarakat dunia kerana tragedi tersebut..


Temple of Heaven
Destinasi kami yang seterusnya ialah Temple of Heaven; salah satu kawasan pemujaan terkenal dalam kepercayaan Tao.. Di bina dalam tempoh yang sama oleh orang yang sama membina Forbidden City, tokong ini merupakan salah satu daripada 4 tokong lain yang melambangkan bumi, matahari, dan bulan di setiap arah penjuru~ Di katakan maharaja dinasti Ming dan Qing turut hadir di sini untuk berdoa kepada Syurga untuk mendapatkan hasil penuaian yang baik~ Seperti biasa, sebelum pulang ke hotel, kami dibawa untuk minum teh bersama-sama~ Kendatipun nama kedai berbeza, penjelasan yang diberikan 100% sama kerana berasal daripada syarikat induk yang sama.. 

p/s Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini~


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC