Followers

Tuesday 6 September 2011

fakta menarik


source: Mastika September 2011

  • Tandas menggunakan jumlah air lebih banyak dari penggunaan di dapur
  • Secara purata, seorang manusia akan menggunakan 75 liter sehari
  • Penggunaan dual-flush boleh menjimatkan sebanyak 25% dari jumlah di atas
  • Kajian mendapati seorang lelaki menghabiskan 140 hari bercukur di dalam tandas
  • Seorang perempuan pula menghabiskan 3x ganda lebih lama daripada lelaki bagi aktiviti yang sama!
  • Secara purata kita perlu menukar lampin seorang bayi sebanyak 10 ribu kali sebelum mereka belajar menggunakan tandas!
  • Lelaki yang menghidap penyakit darah tinggi dan penyakit jantung akan menurun kehendak dan prestasi seksualnya sebanyak 80%
  • Penggunaan headphone selama 1 jam setiap hari berisiko mestimulasi perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700x ganda!
  • Lelaki lebih berisiko sehingga 10x ganda untuk diserang penyakit buta warna berbanding wanita
  • Pada April 1986, stesen kuasa nuklear Chernobyl di Russia telah terbakar. Begitu panasnya bahang hingga mencapai 2700℃ menyebabkan air yang disemburkan untuk memadam kebakaran itu bertukar menjadi wap radioaktif! Api hanya dapat dipadamkan dengan mencurahkan 5000 tan berisi pasir, tanah liat, dan plumbum menggunakan helikopter
  • Armadilo merupakan sejenis haiwan yang boleh menderita penyakit kusta selain manusia. Malah manusia juga boleh dijangkiti penyakit kusta melalui haiwan tersebut
  • Webcam pertama kali digunakan pada tahun 1991 oleh seorang pelajar dari Cambridge University untuk menghasilkan sebuah program yang menampilkan gambar secara online
  • Kajian seorang pakar otak, V.G. Rocine mendapati bahawa fosforus otak mencari pada suhu 42℃. Kecairan fosforus otak boleh terjadi sekiranya seseorang itu terdedah di bawah matahari terik bagi suatu tempoh jangka masa yang lama tanpa sebarang penutup atau pelindung kepala
  • Seni melukis peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan. Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian, dan penduduk kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali
  • Peta tertua di dunia kini tersimpan di Muzium Semitik, Harvard, USA. Peta ini berupa kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500 SM
  • Perakam video kamera yang pertama dibina pada tahun 1956 dan saiznya sebesar piano
  • Apabila dolphin tidur, hanya separuh otaknya yang nyah aktif, manakala separuh lagi digunakan untuk membantu proses pernafasan
  • Kuku tumbuh sekitar 0.1mm sehari 
  • Kuku jari tangan cenderung tumbuh sedikit lebih cepat berbanding kuku jari kaki
  • Secara purata, seorang manusia menghabiskan 3 tahun sepanjang hidupnya di dalam tandas!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC