Followers

Wednesday 7 September 2011

UniFi

5 September - SHAH ALAM

Alhamdulillah sejak pulang ke Malaysia, ak bersyukur kerana rumah ak antara yang bertuah dapat menikmati perkhidmatan UniFi kerana kelajuan internet yang ak guna sekarang boleh kata setanding dengan apa yang ak rasa di rumahku di Jpon.. Mengikut cerita, ahli keluargaku sudah melanggan UniFi sejak Febuari yang lepas dan mereka mengambil pakej UniFi VIP5 bermakna kelajuan internet yang ak guna sekarang ialah 5M~ Selain internet, ak juga boleh menikmati siaran TV dan perkhidmatan telefon secara percuma (wired)~ Lagi lengkap jika TM dapat sediakan channel ESPN kerana seperti semua sedia maklum, ASTRO paling sengal ketika hari hujan (-_-") 


Seronok juga UniFi ini tapi ada cerita disebalik bagaimana proses pemasangan itu berlaku.. Konon nya Ummi terpaksa bersabar dengan kerenah pekerja TM yang enggan memasang UniFi di tingkat atas kerana tiada insurans; siap tuntut wang daripada pelanggan sedangkan kontrak tertulis tiada caj pemasangan (-_-") Lama juga tidak dapat gunakan telefon; ak sukar untuk telefon rumah buat suatu masa yang tertentu sepanjang berada di Jpon termasuk ketika tsunami dahulu.. Bila isu tersebut selesai, no telefon rumah terpaksa di tukar~ Yang lagi tak bestnya ialah dalam sebulan mesti ada problem; sampai ada satu ketika itu terpaksa tukar ganti modem yang baru!


Masalah UniFi paling terkini pula berlaku Isnin yang lepas; satu hari tidak boleh gunakan internet, telefon, dan TV di atas! Hat-trick kot! Bila telefon pun gagal berfungsi, langsung orang nak telefon rumah pun tak dapat.. Ak call sekitar tengahari untuk laporkan masalah tersebut; malam itu dapat panggilan untuk kepastian samada dah berfungsi atau belum.. Oleh kerana belum, pihak TM beritahu mereka akan hantar technician tapi paling cepat pun hari Rabu belah petang! Magik apabila sistem pulih secara tiba-tiba pada petang Selasa! Bila technician datang, dia hanya periksa modem dan alat lain; konon nya ia masalah Network, jadi di luar bidangnya.. Network TM di Cyberjaya jadi orang sana akan betulkan Network~ 

p/s Nampak gaya macam tiada pilihan lain untuk terus bersabar setiap bulan untuk masalah yang sama (-_-")

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC