Followers

Thursday 29 September 2011

VPN in China

Kebebasan menggunakan internet amatlah terhad ketika berada di China bulan lepas selama 6 hari; ak sudah sedia maklum yang laman web seperti facebook dan youtube telah diharamkan oleh kerajaan China, jadi jika hendak guna juga, pengguna perlu mempunyai VPN (Virtual Private Network).. Memandangkan ak sudah biasa dengan proxy dan VPN, ak cukup yakin dapat login Facebook ketika berada di China.. 


Malangnya, pencarian proxy dan VPN percuma semuanya gagal melalui PC! Paling mengejutkan blog pun tidak boleh buka! Baru cadang nak update entry setiap hari sepanjang berada di sana (笑) Mujurlah ak sudah simpan siap-siap VPN di dalam iPhone, jadi ak boleh akses internet dengan bebas di China tapi hanya menggunakan iPhone~ Berikut merupakan langkah-langkah untuk menggunakan VPN di dalam iPhone



  1. Pergi ke Settings >> General >> Network >> VPN >> Add VPN Configuration
  2. Isi maklumat-maklumat berikut seperti di dalam gambar
    Server: us1.facebookvpns.com
    Account: facebookvpns
    Password: 123456
  3. Tekan "save"

Itu sahaja! Jadi setiap kali anda ingin menggunakan WiFi, pastikan VPN sudah terpasang bagi membolehkan anda akses internet dengan bebas seperti yang anda rasai di Jpon, Malaysia dan negara-negara yang sama waktu dengannya (笑) Melalui VPN ini, anda bukan sahaja boleh akses facebook sahaja, malah twitter, youtube dan juga bermacam-macam lagi website yang telah di"pangkah" oleh kerajaan China.. Selamat mencuba! 

Source: link

1 comment:

  1. Thanks for sharing this such a great information about CHINA VPN i shared this information to my all facebook and twitter friends because this info helps to everyone

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC