Followers

Tuesday 13 September 2011

Wedding PokJak

10 September - MANTIN

Alhamdulillah, berjaya juga ak menghadirkan diri untuk perkahwinan rakan JAD; sebelum ini asyik "wrong timing" kerana faktor masa.. Hari ini merupakan perkahwinan belah perempuan; untuk memudahkan perjalanan, ak gerak awal dari rumah sekitar jam 0900 menuju ke Setiawangsa iaitu rumah rakan untuk gerak bersama dalam 1 kereta.. Bertolak sekitar jam 1200 dan tiba di destinasi sekitar jam 1300.. Selain ak, ada juga beberapa rakan yang masih menuntut di Jpon turut hadir pada hari itu jadi sempat reunion skali ;) It's like killing two birds with one stone =)


Hari yang sama juga ada wedding rakan JAD di Hulu Langat tapi kami sudah rancang untuk pergi pada keesokan harinya di Sungai Besi bagi belah lelaki.. Selesai wedding, kami lepak di Seremban untuk ziarah rumah Adib dan Edi.. Adib dalam proses hendak menyambung masters di UPM manakala Edi dalam proses memikirkan masa depan seorang grad local (笑) Bertolak daripada Seremban sekitar jam 1830 menuju ke Bukit Damansara pula bagi menghadiri wedding salah seorang kenalan M..


Dalam perjalanan baru kami tahu yang rakan dia itu merupakan anak kepada CEO AirAsia!! Kami tiba di destinasi sekitar jam 2030 setelah sesat beberapa kali dek GPS sengal ;) 5 orang 1 kereta, tapi yang kenal pengantin cuma M jadi agak janggal juga berada di situ.. Terjumpa bekas menteri kesihatan di tempat yang sama! Makanan yang disaji memang tiptop! Dalam rumah pula luas siap ada kolam renang dengan pemandangan kota di waktu malam; fuuuhh~ Kami pulang sekitar jam 2200..

p/s Biasanya tengok bola keseorangan malam itu, jadi bila ditemani 4 member untuk tengok sekali Arsenal menang malam itu memang TERBAEEEK!

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC